0
A+ A-
RAMEN atau mee segera yang berasal dari China boleh dikatakan kini menjadi makanan kegemaran di seluruh dunia, terutama di Korea.

Hampir setiap drama Korea pasti terdapat adegan memakan hidangan ini dan Ramen Korea juga begitu terkenal dengan supnya yang pedas.

Bercerita mengenai kepedasannya, di saluran Youtube kini menjadi trending aksi netizen cuba memakan ramen dalam cabaran yang dinamakan Spicy Korean Noodle Challenge.

Cabaran tersebut menghendaki peserta menghabiskan makanan pedas itu tanpa meninggalkan sedikit pun sisa dalam mangkuk makanan lapor Mynewshub.

Video Aksi Awek Cun Makan Ramen Pedas

Cabaran itu turut disahut seorang wanita tempatan dikenali sebagai Asyalliee Ahmad, yang memuat naik rakaman aksinya memakan makanan pedas tersebut di saluran YouTube lantas mendapat jumlah tontonan yang amat tinggi.

Aksi Asyalliee yang bertudung, cuba menghabiskan ramen jenama “Ramyeon” itu dengan aksi menahan pedasnya dan sekali sekala bercakap menggunakan dialek utara dianggap comel oleh kebanyakan penonton.

Ekspresi kepedasan melampau yang ditunjukkan Asyalliee apabila meminum air dan mendekati kipas selain memberitahu alat solek yang digunakan pada wajahnya telah luntur turut mencuit hati ramai.

“Habis dah make up, camna nak keluaq, camna nak balik hostel ni,” ujarnya.

Bagaimanapun, reaksi setiap orang tentunya tak sama. Tak kurang juga yang menyifatkan, aksi Asyalliee dikategorikan sebagai gedik dan agak memperbodohkan diri.

Seorang netizen dikenali sebagai Amy Razor memberi komen, aksi memakan ramen pedas itu tidak berbaloi ditonton dan tidak seharusnya dimuat naik.

Aksi Gadis Cantik Makan Ramen Pedas

“Gedik giler… Nyesal pulak aku bukak, camne la video ni boleh muncul kat suggestion aku. Species camni perlu dihapuskan dari muka bumi,” tulisnya dengan agak kejam.

Dalam pada itu, mi segera atau ramen Ramyeon yang dinikmati dalam video ini turut menimbulkan tanda tanya orang ramai khususnya umat Islam mengenai kesahihan status halal produk yang diimport daripada Korea.

Keraguan timbul apabila tersebar dakwaan menyatakan terdapat unsur syubhah memandangkan mi ini dihasilkan di kilang yang menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.

Perkara ini disahkan oleh JAKIM yang turut memaklumkan, siasatan yang akan dibuat terhadap produk mi segera tersebut.

“Status logo dan kehalalan produk tersebut belum dapat dikenal pasti. Siasatan bersama pihak KMF di Korea sedang giat dilakukan. Hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” demikian laporan yang tersiar di sebuah akhbar tempatan.

Tonton video 'Spicy Korean Noodle Challenge' oleh Asyalliee di bawah.


ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top