0
A+ A-
GAMBAR seorang lelaki di Arab Saudi yang dianggap terlampau melindungi isterinya hingga menutup sebahagian wajah wanita itu dengan serbannya ketika berada di sebuah restoran, mencetuskan pelbagai perdebatan dalam kalangan netizen.

Lelaki Arab berkenaan dianggap keterlaluan apabila menutup bingkai kaca restoran yang sudah pun kabur dengan menggunakan kain serban milknya agar wanita itu bebas daripada pandangan pengunjung lain lapor Mynewshub.

Aksi Lelaki Arab ‘Sorok’ Isteri Dikritik Hebat

Pelbagai komen dilontarkan netizen termasuk dia dituduh bersikap ‘overprotecting‘ dan terlalu cemburu selain ada juga yang mengatakan dia terlalu taksub dengan kesucian wanita.

Tak kurang juga yang bertanyakan alasan logik tindakan suami berkenaan.

“Dia melanggar hak asasi ‘perhubungan’ antara pasangan dan memusnahkan pandangan persekitaran,” tulis @RahimMustaqim meluahkan pendapatnya.

Hashtag #husband-coverswife-with-shumagh-in-a-restaurant turut memenuhi ruang laman mikro di mana lebih 100,000 pengguna berkongsikan gambar berkenaan.

Bagaimana pun terdapat juga pihak menyalahkan individu yang merakam gambar itu kerana menganggu privasi pasangan tersebut.

Muna AL-Sawwaf, seorang penganalisis psikologi di Arab Saudi berkata, perbuatan yang ditunjukkan si suami tidak pelik dan salah jika hendak mengkritik perbuatan tersebut.

Dia mengatakan sesetengah keturunan di Arab Saudi mempunyai pelbagai tradisi termasuk tidak suka memperlihatkan isteri kepada orang luar dan itu juga salah satu sebab utama kebanyakan wanita tempatan Arab mengenakan purdah.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top