0
A+ A-
SEORANG warga emas berusia 70 tahun mengejutkan juri program realiti Italia’s Got Talent dengan bakat menari tiang yang dimilikinya, baru-baru ini.

Menerusi rancangan terbabit, Tomoko yang berasal dari Jepun, pada mulanya muncul dengan memakai pakaian rasmi wanita Jepun, kimono berwarna merah dan putih.

Dia yang sudah 43 tahun menetap di Itali serta fasih berbahasa Itali kemudiannya bercerita mengenai minatnya dalam bidang nyanyian opera namun disebabkan usianya yang sudah lanjut, Tomoko memikirkan alternatif lain bagi meng’wow’kan juri dan penonton program tersebut.

Aksi Tarian Tiang Nenek 70 Tahun Buat Juri Tergamam

Melucutkan kimono, Tomoko terus mempersembahkan tarian tiang yang kebiasaannya dikaitkan sebagai tarian sensual dilakukan penari wanita muda dan seksi.

Melihatkan persembahannya ada juri seakan tidak percaya dengan kebolehan Tomoko sehingga mulut terlopong kagum melihat bakat yang ada pada seorang nenek sepertinya.

Salah seorang juri, Luciana Littizetto secara berseloroh berkata, “mana pergi penyakit tulang belakang yang sering dikaitkan dengan orang tua?

“Kita semua percaya bila orang dah tua tidak manis untuk mendedahkan badan lagi tapi kamu mempunyai badan yang cantik, penuh harmoni,” kata Luciana.

Sehingga kini, video yang muat dimuat naik sejak 30 Mac itu sudah meraih tontonan lebih daripada sejuta kali.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top