0
A+ A-
KEWUJUDAN akaun Rich Kids of ….. (nama bandar) adalah satu fenomena yang sering ditemui sejak dua tahun lalu adalah akaun laman sosial yang digunakan untuk mempamerkan kemewahan anak-anak hartawan.

Akaun ini selalunya menunjukkan anak-anak hartawan menghabiskan duit ibu bapa mereka untuk membeli pakai berjenama, memandu kereta mewah dan menghadiri kelab malam eksklusif lapor Mynewshub.

Anak Riak di Instagram, Ibu Bapa Dalam Masalah Besar

Akaun laman sosial seperti ini mendapat ramai pengikut kerana golongan sederhana yang tidak mampu untuk menikmati kemewahan seperti itu hanya boleh bermimpi untuk menjalani kehidupan seperti yang dipamerkan.

Di United Kingdom, perkara ini telah menyebabkan beberapa ibu bapa mereka dihadapkan ke mahkamah kerana menyorokkan harta kekayaan yang dimiliki untuk mengurangkan pembayaran cukai atau mengelak daripada membayar hutang tertunggak.

 Ibu Bapa Berdepan Masalah Gara-Gara Anak ‘Show Off’ di Instagram

Firma K2 Intelligence kemudian mengikuti akaun instagram anak seorang hartawan yang mengatakan dia tidak memiliki eset dan tidak mampu membayar hutang tertunggak berjumlah jutaan pound.

Pihak firma menemui gambar sebuah bot mewah milik peribadi bernilai 12 juta pound dimuat naik oleh anaknya.

Terdapat juga sebuah kes di mana sebuah jet peribadi disita selepas anak seorang lagi hartawan memuat naik gambar dah juga lokasinya.

Fenomena ‘show off’ ini telah digunakan oleh pihak berkuasa UK untuk mencari hartawan dan bangsawan yang tidak mahu membayar cukai dan enggan menjelaskan hutang yang tertunggak. 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top