0
A+ A-
Beberapa hari yang lepas Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan netizen apabila memuat naik satu gambar di instagram dengan caption yang agak ‘pedas’.

Anak Zahid Hamidi Dikecam Kesatuan Anak Kapal

Berikutan itu, Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengecam anak timbalan perdana menteri itu susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS) lapor Malaysiakini.

MAS bapak mahal! Pramugari pun dah tua-tua…

“Budak Ini Biadap dan Tidak Cerdik” - Kesatuan Anak Kapal

‘Budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik’ – Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam)

“Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin,” katanya.

Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kelihatan amat marah dengan tindakan itu sehingga beliau menghamburkan pelbagai kritikan keras terhadap Nurulhidayah.

Ismail juga menyifatkan tindakan anak Datuk Seri Zahid Hamidi itu sebagai tidak sensitif serta mengguris dan menyakitkan hati pramugari MAS.

Ismail berkata, sebagai anak kepada pemimpin nombor dua dalam negara, Nurulhidayah harus lebih berhemah memberi komen di laman sosial.

“Kalau macam ini perangai seorang anak timbalan perdana menteri, maka beliau memang bukan berjiwa rakyat,” katanya.

“Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang timbalan perdana menteri Malaysia yang juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat MAS,” katanya.

Beliau juga nasihati Nurulhidayah supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang akan menyakitkan hati pekerja wanita dan bersikap lebih rendah diri dan tidak “mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal”.

I love MAS. I admit there is also good experience flying with them…

Ikon Belia Negara, Nurulhidayah Dikecam Kesatuan Anak Kapal

Walaubagaimanapun, Nurul telah memadam gambar serta status berkenaan di Instagram. Beliau juga telah membuat permohonan maaf kerana telah menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati crew MAS.

Umum sedia maklum MAS merupakan peneraju utama syarikat penerbangan di Malaysian sejak berabad lamanya. Kami yakin MAS dah sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia selama ini so chill la!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top