0
A+ A-
SEBULAN lalu kisah seorang ratu cantik ditarik gelaran daripada mewakili Puerto Rico dalam pertandingan Ratu Universe oleh pihak penganjur kerana sikap dan perangai buruknya; kini mengemukakan saman di mahkamah.

Bekas Ratu Cantik Nekad Saman Penganjur RM11 Juta

Kristhielee Caride, 24; mengemukakan saman AS$3 juta (RM11 juta) apabila kemenangannya dibatalkan daripada menyertai pertandingan itu tahun ini.

Melalui saman yang yang dikemukakan, Caride menuntut mahkotanya dan pelbagai hadiah yang dimenanginya termasuklah kereta, kos pembedahan plastik serta pelayaran selama tujuh hari dikembalikan.

Bekas Ratu Cantik Saman Penganjur RM11 Juta

Tuntutan saman itu dibuat kerana pelanggaran kontrak dan ganti rugi kontrak. Ia telah difailkan terhadap PR Crown Entertainment dan pegawai termasuk Desiree Lowry, Pengarah Kebangsaan Miss Universe Puerto Rico lapor Mynewshub.

Bekas Ratu Cantik Saman Penganjur RM11 Juta
Desiree Lowry

Peguam Lowry, iaitu bekas Setiausaha Kehakiman Puerto Rico, Antonio Sagardia memberitahu agensi berita The Associated Press bahawa dia enggan bertemu dengan peguam Caride ini atas permintaan mereka.

“Tiada apa-apa untuk diperkatakan, keputusan kami adalah muktamad,” kata peguam Caride iaitu Ernie Caban.

Dalam kejadian terdahulu, Caride telah dilucutkan gelarannya selepas dia dikritik kerana mengetepikan dan berkata dia tidak suka kamera dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar tempatan.

Menurut Lowry kepada pemberita, Caride tidak pernah memohon maaf dan hanya menyatakan bahawa dia mempunyai isu-isu peribadi serta berjanji kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi.

Walau bagaimanapun, tambah Lowry lagi, Caride turut membatalkan penampilannya dalam acara lain kerana mempunyai temujanji dengan doktor tanpa menjadualkannya semula.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top