0
A+ A-
Lumrah hidup setiap manusia mempunyai naluri kasih sayang, diciptakan berpasangan dan saling memerlukan malah melengkapi antara satu sama lain.

Kita selalu berkongsi apa sahaja yang kita rasa dan lalui dengan orang tersayang kerana kita selesa dengan mereka. Lagi-lagi jika sudah berkahwin, semuanya dikongsi bersama.

Berharap Mesej Dibalas, Isteri Luah Kerinduan Kepada Suami Yang Telah ‘Pergi’
Gambar hiasan.

Wanita ini kehilangan suami tercinta namun kenangan ketika hayat suami tidak dapat dilupakan. Perbualan serta aktiviti harian bersama suami masih lagi dirasai.

Kisah ini dipetik menerusi Instagram Nabilhusaiin.

I miss u so much

 Isteri Luah Kerinduan Terhadap Suami Yang Telah Meninggal Dunia

Saya ada tabiat selalu call dan mesej suami, ada siapa-siapa buat macam tu juga? Saya tahu mustahil untuk dia balas mesej saya namun jauh disudut hati saya harap sangat dapat melihat ‘blue ticks’ dari dia semula. Atau mungkin dia boleh call saya kembali. Kadang-kadang ketika berbual, saya secara tak sengaja berkata “okay tunggu sekejap nanti saya tanya Nabil”. Itu sangat menyayat hati kerana saya tahu saya tak boleh lagi bertanya sesuatu kepada dia dan tak mampu lagi untuk bercerita semua yang berlaku kepada dia yang sudah tiada.

Saya tak boleh lagi bertanya apa yang dia mahu makan, apa yang kita mahu buat selepas ini dan saya tak boleh lagi menelefon dia untuk bercerita perkara lucu yang berlaku kepada saya sepanjang hari. Perkara-perkara kecil sebegini sangat ini menyakitkan.

Al-fatihah buat suamiku

Saya masih ingat 10 bulan yang lalu, sehari sebelum nikah, kami cukup teruja sehinggakan dia kerap kali mesej dan telefon saya sambil berkata kita akhirnya akan berkahwin. Dia tak sabar mahu saya jadi isterinya buat selama – lamanya. 1O bulan yang lalu suami saya merupakan kebahagian saya namun 10 bulan kemudian, dia disemadikan. Tiada apa yang tinggal cuma kenangan dan namanya sahaja. Allah mengetahui betapa saya sangat merindui dia. Innah lillahi wa Inna ilayhi raji’oon.

Al Fatihah buat suamiku.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top