0
A+ A-
PELAKON kacak yang semakin meningkat naik, Hafidz Roshdi mengesahkan dirinya telah bertunang dengan seorang pelajar kolej swasta pada 5 Disember, tahun lalu.

Menurut pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, bagaimanapun dia dan pasangan tidak merancang untuk berkahwin pada waktu terdekat ekoran wanita itu masih menuntut dalam peringkat ijazah.

Bukti Hafidz Roshdi Sudah Bertunang

“Saya sudah bertunang Disember tahun lalu dengan seorang wanita yang saya kenali sudah lima tahun semenjak kami di zaman sekolah lagi.

“Dia berasal dari Kedah dan kami rancang untuk kahwin dalam setahun atau dua tahun lagi. Buat masa ini saya belum sedia untuk dedah identiti dia kepada umum termasuk di laman sosial,” ujarnya kepada mStar Online.

Hafidz Roshdi Sah Tunangan Orang

Dalam pada itu, Hafidz percaya keputusannya untuk bertunang ketika namanya semakin meningkat naik tidak akan menjejaskan popularitinya.

“Saya tidak bimbang atau rasa bercinta, bertunang atau berkahwin boleh menjadi masalah kepada kerjaya lakonan. Apa yang penting ialah rezeki di daripada Allah,” ujarnya.

Hafidz Roshdi Sah Milik Orang

Sementara itu, Hafidz yang turut digosipkan sebagai pelakon tidak berdisiplin baru-baru ini kerana datang lambat ke satu acara menjelaskan, apa yang berlaku mungkin adalah salah faham.

Katanya, dia sudah maklumkan dengan pihak penganjur bahawa tidak dapat hadir ke acara berkenaan atas sebab-sebab tertentu namun, dia tetap memenuhi jemputan tersebut walaupun agak lewat.

(Baca: Tunang Cemburu Hafidz Roshdi Mesra Bersama Uqasha)

Catat Ulasan Blogger

 
Top