0
A+ A-
BAGI yang kurang maklum, tugas cikgu Pembantu Pengurusan Murid adalah menolong mengasuh murid-murid di kelas pra sekolah atau di asrama sekolah pendidikan khas dan asrama desa di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagaimanapun ada satu ‘tugas’ yang kurang diketahui ramai iaitu mencari kutu di kepala anak murid!

Cikgu Dedah Pengalaman Buang Kutu di Kepala Murid

Gambar yang tersebar menunjukkan seorang cikgu PPM menyikat kutu di kepala anak murid yang tersebar, diharapkan dapat membuka mata ramai betapa besarnya jasa guru di sekolah hinggakan kutu di kepala pun tolong dibuang supaya anak murid tak lagi tergaru-garu hingga mengganggu tumpuan pada pelajaran lapor Mynewshub.

Pengalaman Cikgu Buang Kutu di Kepala Pelajar

Selepas melihat gambar ini ramai mempertikaikan sikap ibu bapa yang mementingkan kerja dan urusan sendiri hingga kebersihan dan kebajikan anak-anak tidak dijaga dengan baik.

Pengalaman Cikgu Buang Kutu di Kepala Pelajar

Bayangkan jika kepala anak berkutu namun dibiarkan ke sekolah begitu sahaja, tidakkah nanti ianya akan turut menjangkiti murid-murid lain?

Bagaimanapun, ini bukanlah kejadian luar biasa kerana di tahun-tahun sebelum ini pun sudah ada guru yang bercerita tentang sikap ibu bapa berkaitan kutu di kepala anak mereka.

Pengalaman Cikgu Buang Kutu di Kepala Pelajar

Ibu bapa jenis ini boleh dikatakan tidak prihatin dan menyerahkan bulat-bulat anak mereka untuk dipantau pihak sekolah sekalipun berkaitan kutu di kepala.

Semoga bila melihat gambar ini para ibu bapa akan lebih menghargai peranan guru dan mana yang kurang ambil berat keadaan anak, rajin-rajinkan menyelak rambut mereka takut dah jadi’ zoo’ kat atas tu anda pun tak tahu..
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top