0
A+ A-
LIMA warga asing yang cuba menyamun seorang tauke lembu tumpas apabila kenderaan yang dipandu mereka terbabas lalu merempuh sebuah kedai di Kampung Tok Sangkut, Repek, Kelantan.

Menurut saksi, suspek pada mulanya mengekori mangsa menggunakan sebuah motosikal dan kereta Proton Saga sehingga mangsa berhenti di sebuah kedai makan selepas keluar dari sebuah bank sekitar jam 1 tengahari lapor Mynewshub.

Cubaan Samun Tauke Lembu di Repek, Kelantan Gagal, Penyamun Dibelasah Penduduk

Dua suspek yang menunggang motosikal kemudiannya bertindak memecahkan kereta mangsa dan mengambil sejumlah wang miliknya.

Ketika melarikan diri motosikal yang dinaiki terbabas lalu mereka cuba meloloskan diri dengan kereta Proton Saga pula namun tetap tidak berhasil kerana mengalami nasib yang sama.

Kisah Sebenar Cubaan Samun Tauke Lembu di Repek, Kelantan

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata suspek yang tersepit dan mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

“Suspek cedera parah pada bahagian kepala dan tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan anggota keselamatan,” katanya.

Cubaan Samun Tauke Lembu di Repek, Kelantan

Menurut Ibahim, pihak polis masih menyiasat identiti suspek dan warganegara kesemua yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri.

Cubaan Samun Tauke Lembu di Repek, Kelantan

Cubaan Samun Tauke Lembu di Repek, Kelantan

Cubaan Samun Tauke Lembu di Repek, Kelantan

Cubaan Samun Tauke Lembu di Repek, Kelantan

Tonton video penyamun dipukul atas cubaan samun Tauke lembu di Repek, Kelantan di bawah.

Catat Ulasan Blogger

 
Top