0
A+ A-
GEORGETOWN - Seorang pekerja wanita sebuah kedai telefon bimbit cedera di bahagian tangan dan kaki selepas ditetak oleh seorang penyamun di tempat letak kereta di sebuah kompleks beli belah, Bukit Jambul, kelmarin. 

Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, mangsa berusia 41 tahun didatangi oleh dua lelaki ketika hendak masuk ke keretanya setelah habis bekerja. 

Mangsa yang bersendirian pada ketika itu ditetak dari arah belakang oleh salah seorang suspek menggunakan parang panjang sehingga terkena tangan dan kakinya lapor Pixelperfext.

Detik Cemas Tangan Wanita Putus Kena Tetak Penyamun

Suspek kemudian bertindak merampas beg silang mangsa yang mengandungi wang tunai RM12,000, sebuah telefon bimbit Samsung S6 Edge dan beberapa dokumen peribadi. 

Suspek terus melarikan diri bersama rakannya yang sedang menunggu bersama sebuah motosikal, memecut meninggalkan lokasi kejadian. 

Mangsa yang dalam kesakitan dan mengalami pendarahan teruk menjerit meminta bantuan orang ramai, dibawa ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru. 

Mangsa menjalani pembedahan menyambung semula urat jari tangannya yang terputus akibat ditetak. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil. 

Polis kini sedang giat mengesan dua suspek terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Kisah Sebenar Tangan Wanita Putus Ditetak Penyamun

Kisah Sebenar Tangan Wanita Putus Ditetak Penyamun
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top