0
A+ A-
BARU dua tahun mendirikan rumah tangga, tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan pelakon komedi, Syanie, 42, dan suaminya Nadi Putera Mohd Zainal, 29, telah bercerai, awal tahun ini.

Memetik laporan Berita Harian Online, Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham bagaimanapun enggan mengulas lanjut khabar angin tersebut namun akan berkongsi juga cerita sebenar apabila tiba masanya nanti.

Didakwa Cerai Kali Kedua, Ini Respon Syanie

“Tunggulah masa yang sesuai, nanti saya kongsi. Tetapi kehidupan saya memang okey ketika ini. Saya memang tidak tertekan pun dengan perkara yang tak sepatutnya.

“Kalau ada tekanan sekali pun, ia hanyalah mengenai kerja dan keluarga. Selain itu memang tiada apa-apa. Saya pada masa sama beruntung kerana ada keluarga seperti ibu dan adik yang sentiasa berada di sisi. Tak ketinggalan teman rapat dan pengurus saya,” katanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014 di Langkawi, Kedah selepas 11 tahun Syanie hidup menjanda.

Terdahulu, Syanie pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Attirmidi Abdul pada 1996 dan bercerai pada 2002. 

Jawapan Syanie Didakwa Cerai Kali Kedua
Syanie dan suaminya, Nadi Putera dikatakan sudah berpisah awal tahun ini.

Catat Ulasan Blogger

 
Top