0
A+ A-
INDUSTRI hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita pelakon Tony Eusoff yang telah didakwa di Mahkamah Singapura pada Khamis kerana dipercayai memiliki dadah.

Susulan itu, Tony Eusoff atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, telah pembuat pemohonan maaf kepada peminatnya atas apa yang sudah berlaku lapor Mynewshub.

Ditangkap Miliki Dadah, Ini Pesanan Tony Eusoff Buat Peminat

Permohonan maaf itu disampaikan oleh pengurusnya, Azlan Ahmad yang mendakwa telah berhubung dengan pelakon itu.

“Dia berjanji tidak sorokkan apa-apa sehingga kes ini selesai,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Azlan memberitahu dia akan ke Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kes itu.

Terdahulu, sebuah portal Singapura melaporkan Tony didakwa memiliki 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja ketika ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

Difahamkan, Tony berada di Singapura untuk menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films.

Kes Tony akan disebut semula 12 April ini dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda S$20,000 (RM57,605) atau kedua-duanya sekali.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top