0
A+ A-
KUALA NERUS: Kerajaan Negeri Terengganu tidak mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membawa tokoh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau menjelaskan hanya penginapan dan makan tokoh ilmuan Islam itu dibiayai kerajaan negeri manakala perbelanjaan lain dibiayai sendiri oleh Dr Zakir menerusi Islamic Research Foundation lapor Astro Awani.

Dr Zakir keluar kos sendiri, hanya penginapan dan makan ditanggung

Perbelanjaan lain untuk kedatangan Dr Zakir ke Terengganu dibiayai sendiri olehnya menerusi Islamic Research Foundation.

"Kerajaan negeri hanya menyediakan (menanggung) penginapan dan makan minum sepanjang beliau berada di sini," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi, ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri mengeluarkan kos yang banyak bagi membawa Dr Zakir ke negeri ini.

Siapa Dr. Zakir Naik?

Ahmad Razif berkata Dr Zakir sememangnya pejuang agama yang wajar dicontohi malah rakyat Terengganu bertuah kerana pendakwah terkenal itu bersetuju hadir untuk menyampaikan ceramah.

Undangan kepada Dr Zakir, 50, dibuat pada tahun lepas apabila Ahmad Razif bertemu tokoh ilmuan Islam itu di Korea Selatan semasa melakukan lawatan kerja.

Terdahulu, dalam ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam) selama dua jam di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, Dr Zakir menekankan akan pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam.

Katanya, umat Islam perlu mengelak perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merosakkan perpaduan serta amat merugikan.

Sesi ceramah bermula pada 9.45 malam dan disusuli dengan sesi soal jawab sebelum tamat kira-kira 1 pagi.
Hampir 30,000 orang memenuhi bahagian dalam dan luar stadium untuk mengikuti ceramah itu.

Dr Zakir yang pertama kali berkunjung ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan dijadual menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk universiti.

Sebelum menceburi bidang dakwah, Dr Zakir yang pernah dipilih sebagai penerima  anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada 2013, terlatih sebagai doktor perubatan.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top