0
A+ A-
SEORANG model lebih rela terjun bangunan daripada dirogol oleh pemilik rumah sewa dan rakannya dalam satu kejadian yang berlaku di Istanbul, Turki.

Tindakan nekad Gulay Bursali, 20, itu bagaimanapun telah meragut nyawanya.

Gulay yang juga seorang penuntut universiti menyewa apartment berkenaan selama seminggu bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Engin 0.

Pada malam kejadian, pasangan itu baru pulang dari bar dan setibanya di apartment tersebut, mereka didatangi oleh tuan punya apartmen tersebut yang berpura-pura kononnya mahu mengambil barang dari dalam rumah.

Elak Diri Diperkosa Tuan Rumah, Model Sanggup Terjun Bangunan

Lelaki itu bersama rakannya kemudian telah membelasah Engin 0 dan menguncinya di dalam sebuah bilik sementara Gulay pula dibawa ke dalam bilik lain.

Gulay telah dibogelkan, namun dia berjaya membuka tingkap dan memanjat keluar. Dia juga mengancam untuk terjun kecuali mereka melepaskannya.

Menurut seorang saksi, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen apabila mendengar seorang wanita yang sedang berbogel sedang bergayut di tingkap.

“Dia menjerit agar tidak ditarik masuk dan pada masa sama turut meminta pertolongan.

“Saya kemudiannya menghubungi polis dan ketika saya membuat panggilan berkenaan, wanita itu telahpun terjun,’’ katanya.

Polis kini sedang mengesan pemilik apartmen dan rakannya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top