0
A+ A-
HUBUNGAN cinta yang terjalin antara penyanyi Hazama dan seorang pemuzik wanita berbangsa Cina, Genervie Kam sememangnya bukan lagi rahsia.

Hal itu membuatkan peminat tertanya-tanya tentang hala tuju hubungan mereka yang sudah memasuki tiga tahun menjalainkan percintaan.

Mengulas hal itu, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 32, berkata, dia tidak mahu terburu-buru dan keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan perkara mudah kerana faktor pegangan agama masing-masing yang berbeza lapor Mynewshub.

Hazama Yakin Genervie Calon Isterinya

“Seperti yang semua sedia maklum kekasih saya bukan beragama Islam, jadi kalau hendak berkahwin bukan boleh ‘tangkap muat’ dan buat keputusan macam itu saja.

“Perkahwinan bukan benda main-main. Walaupun kami sudah saling mengenali antara satu sama lain dan kedua belah keluarga juga memberi restu tapi banyak perkara yang perlu saya dan dia persiapkan sebelum berkahwin,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, penyanyi Penglipur Lara ini mengakui dia yakin Genervie ada calon yang tepat untuk menjadi bakal isteri dan telah mendapat petunjuk Allah SWT.

Jelasnya, dia tidak mahu mendesak teman wanitanya itu dan sedang dalam proses membimbingnya mendalami ajaran Islam.

“Kalau ikut keinginan dan kemampuan, memang saya mahu berkahwin. Lagi pun, kawan-kawan yang rapat dengan saya termasuk Akim Ahmad juga sudah berkahwin jadi tentulah hasrat itu makin membuak-buak.

“Malah, saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah meminta petunjuk adakah Genervie orang yang tepat sebagai calon isteri dan jawapannya memang dia.

“Saya yakin dia adalah orangnya dan mahu membimbing dia sebaik mungkin. Saya juga tidak mahu mendesak atau memberikan tekanan kepadanya dalam soal agama jadi biarlah ia berjalan secara berperingkat,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Hazama baharu muncul dengan single berjudul Di Amaran Mama ciptaan Ajai dan Ad Samad.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top