0
A+ A-
SEORANG ibu membuat pendedahan menggemparkan apabila mengakui jatuh cinta pada anak lelaki sendiri malah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengannya dalam masa terdekat.
Kim West, 51, turut menyatakan hasrat mengandungkan cahaya mata anaknya itu kelak.

Kim dan Ben Ford,32, mula menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu selepas anaknya itu secara tiba-tiba mengirimkan surat selepas hampir 30 tahun dia diberi kepada sebuah keluarga angkat untuk dibela.

Kim menyerahkan Ben seminggu selepas melahirkan dan kemudian langsung tidak pernah mencari keluarga angkat anaknya itu.

Mereka hanya kembali berhubung selepas Ben yang menetap di Amerika Syarikat mula mengirim surat kepada ibunya yang tinggal di England, dua tahun lalu.

Sejak itu, pasangan ibu dan anak tersebut mula melawan norma kehidupan apabila menjalin hubungan cinta dan mengakui hubungan seks yang dijalani sangat mengagumkan.

Namun begitu, mereka enggan mengaku telah melakukan perbuatan sumbang mahram seperti ditohmah masyarakat sekeliling lapor Mynewshub.

Ibu dan Anak Saling Mencintai dan Rancang Kahwin

“Apa yang kami lakukan ini bukan sumbang mahram sebaliknya ‘genetic sexual attraction’ (tarikan seksual di kalangan ahli keluarga). Kami dari satu genetik yang sama dan telah ditakdirkan untuk berjodohan,” ujar Kim.

Walaupun mengetahui masyarakat sekeliling memandang jelik terhadap perlakuannya dan anak, Kim dan Ben berazam untuk tidak menghiraukan cakap-cakap orang sebaliknya akan terus ‘melawan’ demi cinta mereka.

Genetic sexual attraction (GSA) ditafsirkan sebagai perasaan cinta dan seksual yang timbul terhadap ahli keluarga atau sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu antara satu sama lain.

Semasa berhubung kembali dengan Kim, Ben sudah berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Victoria namun disebabkan perasaan cinta terhadap ibunya mula berputik, Ben memutuskan untuk bercerai.

Kim yang juga pereka hiasan dalaman dan berasal dari Islington, England berkata dia mula menyedari mempunyai perasaan terhadap anaknya apabila sering bermimpikan Ben dalam keadaan ghairah dan sensual.

Keliru dengan perasaan itu, Kim mula mengkaji mengenai perasaannya menerusi google dan akhirnya menjumpai artikel mengenai GSA yang membuatnya berasa lega.

Ben yang menetap di Colorado, Amerika Syarikat pula mendakwa merasai perasaan sama sehingga dia terpaksa meyakinkan Kim bahawa dia langsung tidak punyai sebarang perasaan lagi terhadap bekas isterinya.

“Ketika bertemu dengan Kim saya tidak menganggapnya sebagai ibu sebaliknya melihat dia sebagai seorang wanita seksi,” kata Ben.

Sebelum bertemu buat kali pertama, pasangan itu sering berhubung menerusi telefon sebelum akhirnya bertemu dalam sebuah bilik hotel di mana kedua-duanya dalam keadaan mabuk ketika bercium dan mengadakan hubungan seks buat kali pertama.

Sejak itu, mereka sering melakukan hubungan seks yang disifatkan masing-masing sebagai seks paling menakjubkan pernah mereka rasai.

Pasangan ibu dan anak/kekasih itu kemudiannya berhijrah ke Michigan, Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan sokongan moral daripada pasangan GSA di sana selepas perbuatan mereka disifatkan sebagai ‘haruan makan anak’ di kalangan penduduk di England.

Namun begitu, pasangan itu kini dilaporkan terpaksa hidup dalam persembunyian selepas pihak polis AS mengetahui kisah percintaan mereka yang boleh menyebabkan Kim dipenjarakan selama 15 tahun.

Mengikut undang-undang AS, ibu atau bapa yang terlibat dengan aktiviti sumbang mahram dengan anak boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan direkodkan sebagai pesalah laku seks untuk seumur hidup. 

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top