0
A+ A-
Jika sebelum ini, seorang pelajar perubatan dikatakan telah menanyakan satu soalan di mana mencetuskan kritikan dari orang ramai ketika soal sesi jawab dengan Dr. Zakir Naik di Terengganu.

Namun, ramai yang tidak tahu kedudukan sebenar pelajar ini sehingga dia menanya soalan demikian. Menurut Baharuddin Mohamed, dia asalnya dari keluarga yang susah. Ikuti kisah selanjutnya. 


Identiti Sebenar Pelajar Perubatan 'Tidak Bersyukur' di Ceramah Dr Zakir Naik

Adik ini ialah classmate anak perempuan sahabat saya, Doktor Shaiful Zaman. Dia adalah pelajar perubatan tahun 1 Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Indera Mahkota Kuantan.

Adik ini cemerlang semasa di Sekolah Menengah dan Foundation. Cuma adik ini berasa kecewa kerana setelah bertungkus lumus berusaha dan berjaya memasuki Fakulti Perubatan UIA, sebuah IPTA yang sangat berprestij, tiba-tiba tiada biasiswa yang disediakan JPA untuknya seperti para-para senior dan juga para pelajar unvirsiti yang lain. 

Kita jangan terus melatah, sebaliknya perlu menyelami perasaan mereka yang bukan datang dari keluarga yang senang. Yuran RM3,600 itu banyak bagi orang kampung. Dan ia tidak termasuk dengan kos sara hidup. Semoga kita semua mengerti, jangan aibkan orang, tak baik. 

Adik, nanti jumpa abang ye. Tak apa dik, esok adik dah lulus jadi doktor, adik tolong ramai orang. Adik jadi doktor pakar, tolong selamatkan nyawa ramai orang yang mengata pada adik hari ini. Biarkan dik, mereka tak faham.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top