0
A+ A-
SETELAH sekian lama bergelut dengan masalah rumah tangga, mahkamah syariah akhirnya memerintahkan isteri pelakon Ezany Nizariff, iaitu Lizda Nuryanti Abidin untuk kembali taat, pada Isnin.

Dalam pada itu, Ezany menganggap keputusan mahkamah berhubung permohonan nusyuz yang berpihak kepadanya itu adalah bukti bahawa dia bukan punca berlakunya pergolakan dalam rumah tangga mereka.

Menurut Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 43, Lizda bukan sahaja memfitnah dirinya kepada media, tetapi juga tidak pernah hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah mereka.

Isteri Sah Nusyuz, Ini Luahan Ezany Nizariff

“Jika dia berada di pihak benar sepatutnya dia hadir ke mahkamah ketika diminta berbuat demikian bagi mempertahankan diri tetapi dia tidak pernah sekali pun muncul.

“Sebaliknya dia membuka aib kepada media dan sepatutnya dia beritahu kepada hakim apa sahaja dia rasakan tidak betul tentang rumah tangga kami dan biar hakim membuat keputusan.

“Keputusan dibuat mahkamah membuatkan saya lega kerana ia kemenangan besar buat saya selepas dituduh dengan pelbagai dakwaan tidak benar menerusi kenyataannya di media,” katanya kepada mStar Online.

Isteri Ezany Nizariff Disahkan Nusyuz

Dalam pada itu, Ezany mengakui tidak pernah terfikir mahu berbaik semula dengan isterinya dan mempunyai sebab yang kukuh untuk menceraikan Lizda berikutan tersabitnya nusyuz itu.

Ezany telah membuat permohonan nusyuz terhadap isterinya pada 22 Julai 2014.

Ezany dan Lizda berkahwin pada 1 Julai 2007. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Hayden Harraz yang berusia 2 tahun dan Rayyan Harraz, 4 tahun.


Catat Ulasan Blogger

 
Top