0
A+ A-
13 Apr - Berikutan kritikan ramai dari viral beberapa gambar yang merakamkan pelumba-pelumba muda mendapat habuan kecil, pelumba Josiah Ng turut sama melontarkan komennya di laman Facebook Junior Cycling Malaysia (JCM) lapor Siakapkeli.

"Kerja yang bagus bagi acara pertama Junior Cycling Malaysia! Saya lihat banyak komen yang diberikan berikutan hadiah kecil yang diberi." kata pelumba berbasikal negara itu memulakan komennya.

"Saya ingin memberikan pandangan saya. Dulu, ketika saya seorang pelumba muda, saya hanya pentingkan dua perkara. Berlumba dan menang. 

Isu Juara Berbasikal Dapat RM30, Ini Komen Josiah Ng

"Duit datang kepada poket saya kerana saya mampu berlumba dalam banyak pertandingan dan itu yang membuatkan saya seorang juara sekarang.

"Saya telah hidup senang kerana berbasikal sepanjang karier saya lebih 15 tahun. Jangan fokus kepada duit. ", kata beliau.

Josiah juga berkata program-program seperti JCM ini lah yang akan menjadikan peserta ini sebagai seorang juara satu hari nanti.

"Apabila anda menjadi juara nanti, duit akan datang!".

"Fokus, berlatih dengan keras dan menang", kata Josiah.

Komen dari Josiah Ng itu juga telah di retweet oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi satu keratan gambar di Twitter.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top