0
A+ A-
Surat Budak England Kepada Tun Mahathir Pada Tahun 1987 | Tun Mahathir terkenal dengan sifatnya yang bijaksana dan tegas dalam melaksanakan apa juga tugas yang diamanahkan kepada beliau. Tidak hairanlah kenapa Malaysia mampu bangkit dari pelbagai krisis di era pemerintahannya.

Terbaharu, tersebar satu kisah di mana seorang kanak-kanak berumur 10 tahun dari England mengutus surat kepada Tun Dr. Mahathir mengenai penebangan kayu balak di hutan Malaysia.

Jawapan Balas Tun Mahathir Kepada Kanak-Kanak England Pada 1987

Mari kita lihat bagaimana Tun membalas surat tersebut yang dipercayai mempunyai agenda tersembunyi dengan penuh bijaksana,

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Insanul Kamil dan Logging Against Natives of Sarawak.

“Bila saya dah besar, saya nak belajar tentang haiwan di hutan hujan tropika”.

Surat Budak England Kepada Tun Mahathir Pada 1987

Kanak-kanak itu meminta agar Tun M mengekalkan hutan hujan di Malaysia daripada ditebang oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun surat tersebut agak ‘mengelirukan’ dan bagai ada agenda tersembunyi.

Jawapan Tun Mahathir mengenai persoalan kanak-kanak England itu.

Jawapan Balas Tun Mahathir Untuk Surat Kanak-Kanak England Pada 1987

Ia sangat mengaibkan apabila kamu dipergunakan oleh orang dewasa untuk tujuan memalukan kami kerana penebangan kayu balak hutan di sini.

Untuk pengetahuan orang yang mempergunakan kamu, ia bukan soal seorang yang kaya mengaut keuntungan berjuta-juta. Setiap pokok yang ditebang mencipta peluang pekerjaan kepada sekurang-kurangnya 10 orang lelaki miskin yang menanggung 10 isteri dan 30 anak. Tambahan pula orang kaya tersebut akan membayar 40% cukai. Tanpa orang kaya ini kerajaan bukan sahaja tidak dapat kutip cukai malah sebilangan mereka akan tiada kerja.

Tidak kira orang kaya ini melabur atau menyimpan duitnya, ramai yang akan mendapat manfaat, atau orang lain terus hidup dalam kesusahan tanpa pekerjaan. Cukai yang dikutip kerajaan digunakan untuk menyediakn kemudahan pendidikan, kesihatan dan lain-lain untuk mereka yang memerlukan.

“Adakah mereka perlu terus hidup dalam kemiskinan?”

Jawapan Balas Tun Mahathir Untuk Surat Kanak-Kanak England Pada 1987

Industri kayu ini membantu ratusan malah ribuan orang susah di Malaysia. Adakah mereka perlu terus hidup dalam kemiskinan kerana kamu mahu mempelajari tentang binatang? Adakah pengajian kamu lebih penting dari mengisi perut mereka yang hidup dalam kemiskinan?

Apabila British memerintah tanah melayu, mereka membakar berjuta ekar hutan bagi menanam pokok getah. Pada ketika itu kayu balak dibiarkan begitu sahaja kerana tiada yang mahukannya. Berjuta haiwan mati akibat pembakaran tersebut. Malaysia tidak mendapat apa-apa hasil pembakaran tersebut. Malah hasil getah yang dijual dikaut sepenuhnya oleh England. Apa yang moyang kamu lakukan lebih memalukan.

Jika kamu tak mahu kami menebang hutan kami, beritahu ayah kamu untuk maklumkan kepada negara yang kaya agar membayar harga kayu balak kami dengan harga yang tinggi. Jadi kami boleh cipta peluang pekerjaan yang lain kepada rakyat kami.

Jika kamu berminat dengan haiwan di sini, kami mempunyai banyak hutan simpan yang membenarkan sesiapa sahaja menerokainya. Kami tidak menebang semua pokok, hanya yang benar-benar sudah tua sahaja. Kami juga menanam semula pokok.

“Mereka sepatutnya jangan sombong”

Jawapan Balas Tun Mahathir Untuk Surat Kanak-Kanak England Pada 1987

Kami harap kamu beritahu orang yang mempergunakan kamu untuk belajar fakta-fakta ini. Mereka sepatutnya tidak sombong seolah mengetahui segala-galanya dalam mentadbir negara. Mereka sepatutnya mengusir rakyat yang tinggal di British countyside dan biarkan hutan tersebut. Penuhkan hutan tersebut dengan beruang, serigala dan lain-lain jadi kamu boleh belajar tentang haiwan di situ.

Saya yakin kanak-kanak memang perlu belajar tentang semua haiwan dan menyayanginya tetapi orang dewasa seharusnya ajar kanak-kanak agar tidak kurang ajar kepada mereka yang lebih tua.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top