0
A+ A-
Photographer ‘Betik Photography’ Dakwa Difitnah | Saya difitnah. Setelah dirujuk, company Betik Photography yang telah diviralkan oleh pelanggan bernama Dolce Athirah. Beliau merupakan pelanggan saya pada majlis bulan Januari. 

Saya berniaga dengan amanah. Kalau tak, saya tak travel jauh-jauh. Customer salah faham dengan saya. Dia lost contact sebab format phone dan tak dapat contact saya. Sepupu customer juga adalah customer saya yang lepas dan beliau tiada masalah dengan saya. 

Jurugambar Difitnah Oleh Pelanggan

Beliau telah book saya pada tahun lepas dengan bayaran booking RM50 sahaja, sedangkan duit booking asal adalah RM100. Baki RM50 telah ditangguh bayarannya selama lebih setahun dengan alasan majlis ditangguhkan. 

Beliau juga telah membayar 40% dari harga pakej, sedangkan perlu membayar sekurang-kurangnya 80%. Itu pun bayar lambat. 

Selepas majlis resepsi di Dungun pada Januari lalu, belia berhajat untuk book majlis bertandang pada 27 Februari di Petaling Jaya. Jadi, pihak kami hold dulu proses printing album sebab gambar majlis bertandang perlu dimasukkan ke dalam album yang sama dengan majlis resepsi. 

Kemudian beliau cancel booking, sedangkan kami sudah menolak pelanggan lain yang ingin menggunakan khidmat kami pada tarikh yang sama. Beliau hanya booking melalui mulut sahaja. 

Kemudian nak booking semula, tak jadi, nak balik, tak jadi balik, 50-50 sehinggalah hari majlis, baru kami uruskan album beliau. Itu pun tak sampai seminggu dah siap. 

Beliau meminta untuk diposkan ke alamat tempat kerja kilang beliau. Apabila sudah dipos, beliau kata barang tak sampai. Sedangkan tracking number telah diberi dan barang sudah sampai di alamat yang diberikan. 

Kilang itu besar, barang orang main ambil, sorok, bawa balik dan lain-lain, kita pun tak tahu atau mungkin dia tipu dan suruh printing lagi sekali kot. Maklumlah, album cantik sangat agaknya. 

Diharapkan pelanggan dan bakal pelanggan saya tidak salah faham berkaitan viral ini. Sekian terima kasih.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top