0
A+ A-
PENGACARA Wak Doyok yang kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim enggan mengulas lanjut mengenai hal itu ketika ditanya pihak media mengenai kesahihan berita tersebut.

“Maafkan saya. Ia terlalu peribadi dan saya tidak mahu mengulas. Lagipun saya tidak mahu setiap komen atau jawapan saya disalah tafsir. Sebab itu adalah lebih baik saya berdiam diri sahaja.

Kekasih Bekas Isteri Sultan Brunei, Ini Jawapan Wak Doyok

“Saya buat tak tahu saja apa yang peminat atau orang sekeliling saya perkatakan. Persepsi mereka saya hanya anggap biasa saja.

“Malah, apabila gosip seperti ini tersebar, saya tidak terkejut pun. Cukup antara saya dan dia saja tahu. Kalau orang kata kami selalu bersama sebab berkongsi minat sama iaitu fesyen, tidak juga sebab saya selalu buat hal sendiri. Tidak wajar untuk orang memberi andaian sedemikian,” katanya memetik Harian Metro.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Mohd Nor, 36, terkenal dengan imej dan penampilan unik bermisai lentik ini dikenali dalam bidang hiburan selepas mengacara program travelog terbitan TV9, Ke Korea Ke Kita bersama rakan hos, Myo.

(Baca: Wak Doyok Jadi Penyanyi Pula)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top