0
A+ A-
Kadang sedih bila orang datang. Terus cakap “mahalnya dik. Dulu akak beli murah je” lepastu siap bagitau lagi dengan org lain kita jual mahal.

Ok. Contoh harga basuh kereta RM15 basuh luar dalam. Mahal?

Ok sekarang ni aku bagi kau RM15 untuk cuci kereta aku luar dalam. Nak? Aku bagi RM20 pun belum tentu kau nak basuhkan.

Artikel ini adalah hasil perkongsian Ikhwan Jaffri.

Kisah Lelaki Jual Aiskrim 'Mahal' Namun Berjaya Dijual. Ikuti Rahsianya.

Persoalannya sekarang ni. Malas dengan rajin je. Kalau dah malas tu. Nak tak nak kau kena jugak keluarkan duit utk dapatkan apa yg kau malas tu. Contoh zaman dulu air ambik kat perigi je. Murah memang murah. Free je. Tapi sekarang ni sanggup ke kau cedok perigi and isi dalam tangki utk buat mandi? Perigi sebelah rumah belum tentu kau nak cedok.

So berbalik kepada situasi tadi. Akak sanggup ke bancuh gula malam2. Bancuh perasa. Pakai apron. Pakai sarung tangan. Ikat aiskrim. Bekukan dalam freezer seharian. Semata2 sebab nak makan aiskrim. And semata2 sebab taknak beli yg ‘mahal’ kat luar tu. Terpulang. Kalau akak rajin. Boleh je buat. Kalau tak rajin. Nak tak nak akak kena carik jugak kat luar. Hehe

Apa pun aku doakan akak tu berjaya dapatkan eskem yang murah. Tapi walau mcm mana pun. Hati kastemer kene jaga. Aku tak maki akak tu. Aku psycho dia balik. Nak tau apa cara aku buat?

Jual Aiskrim 50sen, Pelanggan Mengadu Mahal. Berkat Kesabaran Lihat Apa Lelaki Ini Dapat.

Akak: Berapa sebatang aiskrim ni dik?

Aku: 50 sen je kak. Kalau akak ambik 2 RM1

Akak: Mahalnya dik. Dulu akak beli murah je

Aku: Oh mahal ke? Takpe. Akak ambik je aiskrim sebatang. Saya belanja akak free satu. Haaa dulu2 walaupun murah pernah tak akak dapat free?

Akak: Oh yeke free? Terima kasih. Ada perasa apa je?

Aku: Ada 7 perasa special kak. Ada coklat susu. Keladi susu. Jagung susu. Asam boi. Anggur jelly. Jelly susu. Bandung soda. Yang paling hot coklat susu kak.

Akak: Boleh la coklat susu. Betul ni free?

Aku: Betul kak free je. Nak makan terus ke kak? Saya ada gunting utk potongkan.

Akak: Boleh la.

Jual Aiskrim 50sen, Pelanggan Mengadu Mahal. Berkat Kesabaran Lihat Apa Lelaki Ini Dapat.

And akak tu pun terus makan. Kenapa aku terus potongkan utk akak tu? Supaya dia dapat terus rasa macam mana sedapnya aiskrim special ni. Nak tau apa jadi lepastu?

Tiba2 akak tu datang balik and cakap “dik bagi akak coklat susu 4”

Yeay! Sebenarnya dalam hidup ni. Bukan setiap masa kita nak kena menang. Kadang2 bila kita mengalah dan sabar. InsyaAllah ada benda yang lagi baik kita dapat. Apa pun bertolak ansur la dalam kehidupan.

Catat Ulasan Blogger

 
Top