0
A+ A-
KOTA BHARU: Seorang murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia dipercayai dipatuk ular, dalam kejadian di perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, Nuri Nadirah Ruslan, dikatakan sedang bermain bersama rakannya ketika waktu rehat sebelum menjerit kesakitan. Mangsa kemudiannya berlari masuk ke dalam kelas sebelum pengsan.

Kisah Sebenar Murid Tahun Satu Maut Dipatuk Ular

Pihak sekolah terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum disahkan mangsa meninggal dunia. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Mangsa dipercayai dipatuk ular di bahagian betis kiri. Ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata ketika kejadian dia berada di tempat kerja, sebelum dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah.

Katanya, beliau bergegas ke Klinik Kesihatan dan ketika itu anak sulungnya sudah tidak sedarkan diri.

Al-fatihah.

Berikut merupakan gambar murid tahun satu yang meninggal akibat dipatuk ular yang tersebar.

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Akibat Dipatuk Ular

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Akibat Dipatuk Ular

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top