0
A+ A-
SHAH ALAM, 11 Apr - Berikutan viral video yang merakamkan aksi seorang lelaki memanjat kereta yang dipandu isterinya, keluarga lelaki terbabit meminta orang ramai agar berhenti dari menyebarkannya.

Portal Sinar Harian melaporkan, seorang ahli keluarga lelaki terbabit telah menghubungi mereka bagi merayu kerjasama orang ramai untuk menghentikan fitnah yang tersebar.

Lelaki Dalam Video ‘Suami Gila Talak’ Tampil Dedah Kisah Sebenar

“Lelaki itu dan isterinya hidup bahagia sekarang, insiden itu hanya satu perselisihan faham kecil dan sudah selesai.

"Jadi tolong hentikan fitnah ini kerana perkara ini menyebabkan keluarga mendapat malu,” kata individu tersebut.

Menurut individu lagi, dia juga tahu siapa yang merakam dan menyebarkan video itu kepada umum.

“Saya mahu orang yang rakam dan sebar video berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga kami atau dia akan berdepan tindakan undang-undang.

“Sekali kita buka aib orang, beribu kali tuhan akan buka aib kita, balasan ALLAH amat pasti...fitnah lagi bahaya dari membunuh...,” katanya.

Dia juga mempersoalkan adakah individu yang merakam dan menyebarkan video itu tidak merasa malu dengan perbuatannya itu.

Pihaknya yakin video itu sengaja disebar untuk memalukan keluarga lelaki itu.

Video berkenaan berkenaan telah dimuat naik ke laman Facebook semalam dan ditonton hampir lebih 1 juta pelayar.

Catat Ulasan Blogger

 
Top