0
A+ A-
KEJAM…seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan telah dirakamkan menggantung kucing di sebatang pokok dan kemudiannya menjadikan binatang tersebut sebagai `punching bag’.

Perbuatan keji Dmitry Kiyanitsa, 31, yang mendera kucing terbabit di rumahnya di Kiev, Ukraine, telah dirakamkan oleh aktivis, Svetlana Lavrikova dan Yulia Khomenko yang mendapat maklumat mengenainya daripada jiran Dmitry sendiri.

Aktivis terbabit sedar bahawa mereka memerlukan bukti, justeru Svetlana dan Yulia telah merakamkan video dan mencatatkan semua perilaku buruk Dmitry sebelum diserahkan kepada polis.

Lelaki Kejam Jadikan Kucing Sebagai Punching Bag

“Kami berjaya menangkapnya. Dia memukul binatang itu dengan batang paip dan kayu,” kata Yulia.

Selepas bosan dengan permainan kejamnya itu, Dmitri telah mengheret kucing itu.

Dia kini ditangkap dan bakal berdepan dengan hukuman penjara sementara kucing berkenaan pula dirawat di klinik haiwan.

Binatang malang itu mengalami kecederaan patah tulang rusuk, darah beku dan kecederaan dalaman yang lain. 

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top