0
A+ A-
Kerana Minat Berniaga, Budak Nekad Jual Aiskrim | Nama Mohd Rayyan Nawfal bin Mohd Khairidz. Umur 4 tahun 11 bulan. Ceritanya, anak ini mempunyai semangat dan minat dalam perniagaan. Apa sahaja yang mama masak dan buat, spontan mulutnya akan berkata, 

"Mama, ini boleh jual ni,". 

Lihat Bagaimana Rayyan Berdikari Jual Aiskrim

Setelah menyertai group Masak Apa Hari Ni (MAHN), maka mama pun merealisasikan impian abang yang minta dan mahu berniaga. 

Hasilnya hari pertama, 30 batang dan hari kedua, 50 batang licin. Rezeki dia, Alhamdulillah. Dia gembira dapat jual dan dapat hasilnya. 1 jam sehari selepas balik dari sekolah, dia akan mula berjual. 

Mama dan papa bangga dengan kamu sayang. Dia memang berdikari walaupun usianya masih kecil. Tetapi anak ini sangat berminat dengan perniagaan dan sangat membanggakan apabila dia tiada sifat malu dan segan sambil menunggu pelanggan datang, dia akan promosi dengan cara menjerit versi Upin dan Ipin. 

"Mari! Mari! Mari beli aiskrim Rayyan! 2 batang RM1 sahaja. Abang, kakak, mari beli," jeritnya. 

Allah anugerahkan kami anak yang pintar ini. Terima kasih Allah. - Rayyan Nawfal Idayei
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top