0
A+ A-
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman reda dengan keputusan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya.

Katanya sebagai rakyat dan pemimpin, beliau akan tetap membuktikan taat setia kepada Sultan Mizan.

Luahan Ahmad Razif Apabila Semua Darjah Kebesaran Dilucutkan
Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) sewaktu mengiringi Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara semalam. - Foto BERNAMA

“Saya akan terus taat setia dan kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi saya masih memegang jawatan.

“Saya reda dan pasrah dengan apa yang berlaku dan amat memahami bahawa ini adalah hak mutlak Tuanku dalam mengurniakan anugerah atau penarikan balik anugerah-anugerah tersebut.

“Yang penting, kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada raja dan negara,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, malam tadi.

Sultan Mizan melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat, 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama. – BERNAMA

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top