0
A+ A-
Sebelum ini Harian Metro ada menyiarkan artikel yang bertajuk "Pelesit Baucar" yang memaparkan kisah siswa dan siswi yang disifatkan tidak reti bersyukur yang sanggup menukarkan Baucar Buku 1 Malaysia dengan wang tunai walau terpaksa menangung kerugian RM50.

Terbaharu, seorang pelajar IPTA meluahkan rasa hatinya mengenai kenyataan artikel itu yang dianggap berat sebelah tanpa memikirkan keadaan sebenar yang pelajar hadapi.

Ikuti luahan Shafinaz Sabri di bawah ini.

Luahan Mahasiswa Dituduh Tak Bersyukur Tukar Baucar Buku 1 Malaysia Dengan Tunai

"Pelajar rela rugi RM50 untuk tukaran baucar buku 1 Malaysia kepada tunai"

Dari perdana menteri hingga penulis bicara jari, mereka salahkan mahasiswa mahasiswi Malaysia atas isu panas BB1M yang telah disalahgunakan. 

Kata mereka BB1M guna untuk pembelian buku ilmiah dan kegunaan belajar. Kata mereka BB1M bertujuan meringankan beban mahasiswa/siswi Malaysia. 

Ye. Saya tabik hormat atas keprihatinan Dato Seri Najib yang 'merasai' perit luka anak anak bangsa Dato Seri. Terima kasih DS. Tapi apa yang DS berikan ni (BB1M) hanya mencetuskan isu panas apabila kami tukar baucar ini kepada tunai.

"Pelajar kita jadi pelesit baucar" 
"Mahasiswa Malaysia akal pendek"

Dato Seri, saya berbesar hati untuk DS buka mata dan lihat kenapa ramai anak bangsa DS yang jadi 'manusia tidak bersyukur' apabila menukar BAUCAR KEPADA TUNAI.

๐Ÿ‘‰ DS bagi kami baucar. Tapi edaran baucar di buat ke seluruh Malaysia di PERTENGAHAN semester . DS mungkin taktahu pembelian buku dan nota dibuat di AWAL SEMESTER. Kami dah dahulukan duit makan kami, duit sewa kami, duit fotostat kami untuk beli buku yang perlu. Jadi sekiranya kami menukar baucar kepada tunai, umpama redeem balik duit kami. Secara logik, masih lagi duit baucar tu digunakan utk beli buku cuma nya kami buat loan dari poket kami dulu. Betul tak DS?

๐Ÿ‘‰ DS mungkin taktahu masih banyak lagi IPTA dan IPTS yang belum buat edaran baucar lagi. Ada IPT yang dah nak final exam dah. Macam mana tu DS?

๐Ÿ‘‰ Keluaran baucar dah lambat DS. Ada tarikh luput pulak tu. 30/6/2016. Sekiranya DS buat baucar tanpa tarikh luput, mungkin kami boleh bawa baucar tu ke semester hadapan beli buku untuk semester yang baru. Tapi sedihnya ada tarikh luput.

Bayangkan ya Dato Seri. Buku dah beli, baucar lambat dapat, ada tarikh luput utk kegunaan baucar, jadi apa perlu anak anak bangsa DS buat lagi? 

Dan saya yakin DS melalui zaman belajar dlm hidup DS. Hidup kami bukan semata mata buku. Kami berhadapan dgn masalah ekonomi untuk menempuh hari dengan berlapar, mana nak fotostat bahan bacaan, print out assignment. Mana yang nak bayar asrama, rumah sewa, bil api air. Saya yakin DS tahu tentang situasi itu. Media massa kita pernah kecoh dgn mahasiswa ikat perut, mahasiswa kebulorrr.

Kalau DS boleh bagi bantuan RM100 kepada pelajar2 sekolah, bantuan kewangan lain kepada yang berkeluarga, kenapa tidak DS tukarkan baucar tu kepada tunai RM250? Tunai RM200 pun sebenarnya dah memadai untuk kami, anak anak bangsa DS.

Macam ni jelah secara ringkas pendapat saya untuk bantuan rakyat DS yang akan datang. 

Kalau DS nak bagi baucar buku , DS edarkan baucar awal semester bermula. Baru lah boleh kami beli buku dan manfaatkan sepenuhnya. 

Kalau DS rasa baucar buku tak boleh diedarkan awal, DS jangan buat tarikh luput ataupun lanjutkan lebih lama tarikh luput. 

Ataupun kalau DS rasa DS lebih sporting, cadangan saya DS tukarkan BB1M kepada BPT1M (Bantuan Pelajar Tunai 1 Malaysia) .

Sedih betul saya DS bila orang kata kami ni tak bersyukur. Siap harian metro buat intipan lagi. Harap Dato Seri lebih cemerlang dalam pemerintahan Malaysia. Anak anak bangsa nak lagi rasa duduk di tanah air (rumah kita iaitu negara) tanpa perlu rasa takut dengan 'ayah' sendiri . Hehehe Salam Satu Malaysia DATO SERI ☝☝☝

Catat Ulasan Blogger

 
Top