0
A+ A-
BARU-baru ini, penonton BBC Breakfast dikejutkan dengan penampakan ‘makhluk halus’ yang kelihatan berwarna hitam ketika rancangan temu bual itu bersiaran.

Makhluk halus itu dikatakan bermundar-mandi di depan kamera ketika pengacara rancangan tersebut, Louise Minchin dan Dan Walker sedang mewawancara pelakon Jo Horton.

Peristiwa aneh yang berlaku dalam beberapa saat itu sekali gus heboh diperkatakan netizen di laman sosial.

Makhluk Halus Muncul Dalam Temu Bual TV

Seorang pengguna Youtube yang menggunakan nama akaun akunbassline518, juga sempat merakam kejadian itu dan memuat naik di laman sosial beberapa jam kemudian.

Video yang jelas memperlihatkan kelibat berwarna hitam bermundar-mandir itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya adakah studio rancangan tersebut berhantu.

Bagaimanapun, dalam video tersebut, kedua-dua pengacara dan Jo Horton dilihat tidak mengendahkan ‘entiti’ tersebut dan meneruskan temu bual seperti biasa.

Bagaimanapun juru cakap saluran BBC mendakwa kelibat warna hitam bukan hantu sebaliknya, hanyalah efek yang terhasil dari kesan filter kamera.

“Ini merupakan efek filter kamera yang berhubungan dengan pencahayaan,” katanya.

Maka dapatlah dirumuskan ia bukan hantu tetapi hanyalah masalah teknikal.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top