13
A+ A-
Seorang lelaki, MC Thomas Voon meluahkan rasa kecewanya terhadap Maxis apabila syarikat komunikasi itu didapati menjual pakej mahal dan tak masuk akal berbanding syarikat pesaingnya. 

Menerusi Pixelperfext, kami kongsikan kepada anda luahan MC Thomas Voon dan semoga kisah beliau memberi manfaat kepada anda terutama yang melanggan pakej Postpaid daripada Maxis.

Maxis Kantoi Jual Pakej Harga Tak Masuk Akal Berbanding Pesaing

Kepada Maxis, 

Saya masih ada 12 bulan kontrak dengan pihak anda. Pelan yang saya langgan ialah One Plan, caj bulanan sebanyak RM128 + RM30 (1GB) + GST 5% = RM167.48. 

Selepas viralnya di media sosial mengenai sikap double standard Maxis dalam jualan pakej yang sama tetapi harga yang berlainan bagi bahagian timur dan barat Malaysia, saya mula membuat pengiraan. 

Lelaki Dedah Pakej Maxis Lebih Mahal Berbanding Pesaingnya

Saya mengambil keputusan untuk berhenti melanggan pakej Maxis. 

Puncanya? Mudah saja. Pesaing Maxis menawarkan pakej yang lebih baik. Panggilan tak terhad, ditambah pula dengan 10GB data internet hanya dicaj sebanyak RM80 + GST 6% bersamaan RM84.80 dan tiada sebarang kontrak dikenakan. 
Jika saya masih terus menggunakan perkhidmatan Maxis untuk 13 bulan lagi, sudah pastinya saya adalah manusia yang bodoh, yang perlu membayar bayaran tambahan RM364.72 dan hanya mendapat 4GB data internet setiap bulan bagi tempoh 13 bulan akan datang. 

Lelaki Dedah Pakej Maxis Lebih Mahal Berbanding Pesaingnya

Jadi, petang ini saya mengambil keputusan untuk melanggan perkhidmatan Celcom. Maxis mengenakan penalti sebanyak RM712.10. Ambillah wang itu dan berambus! 

Selamat tinggal! Maxis tidak menghargai pelanggan setia mereka dan Maxis tidak layak mendapat sokongan dari rakyat Malaysia kerana bersikap 'double standard' dengan menjual pelan yang sama dengan harga yang berbeza.

(Baca: Lebih Sejuta Pelanggan Dilapor Tinggalkan MAXIS)

Catat Ulasan Blogger

  1. waaa...clear betol ni. M terus out...Celcom tu baik juga sebab kawan2 ramai pakai celcom.data speed banding lain pun laju .

    BalasPadam
  2. Walaupun Umobile tak ade, tapi Umobile la paling murah dari telco lain...
    lagipun Digi pun not bad sebab dia ade supplementary line.. ak nak pkai tapi ak tnggu umobile buat supplementary line.. Maxis mmg out dari awal ak boikot!

    BalasPadam
  3. Akhirnya tahu sebab kenapa kawan i semua keluar dari telco M, cari pasal sendiri nak charge lebih2 , line yang advance ..kononnya

    BalasPadam
  4. amboiiii , apa ni ? bil sebulan sampai Rm7xx , gilaaaaaa ! teruknya kena masuk kontrak juga , lg baik you tukar lain kawan , sial telco ni , jadi u dah tukar ke Celcom kan , apa perbandingan dan perbezaan , kongsikan sikit blh x

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu 700++ gila.....celcom sblan saje RM80.pakai auto debit dpt 5% rebate lagi...
      data....speed....semua 2016 top 1 pelan .coverage pun smkin kuat

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. 5% debate tu macam mana ? maksud kita bayar sikit ke kat bulan seterusnya ke ? Celcom yang Rm80tu pelan apa ? dia boleh sub lines

      Padam
    4. 5% rebate tu maksud diskaun 5% laaa ,kalau ade buat resgiter auto debit .pelan ni paling bagus sebab x ade contract

      Padam
  5. kakaka.bang taperlu boikot tu sngt jng ingt dah ckp la.tapi area ko ni memg celcom line kuat.
    kosendiri jga subline RM30 saje .kakak guna plan 1+5 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. line kat Melaka ok x ? klaw ok boleh la i cuba sikit

      Padam
    2. melaka aku x pasti ..boleh pegi layan website check coverage tempt atau terus pegi kedai celcom dpt info.

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Sekarang ramai org boikot maxis sebab telco dia paling mahal laa..
    ehhh, celcom 1+5?? baru punye ke? boleh bagi details or link utk sy refer.. sebab sy mmg nak cari subline yg ok.. survey digi, mcm x berbaloi je...

    BalasPadam

 
Top