0
A+ A-
SUDAH acap kali kita mendengar berita penemuan binatang, serangga atau penemuan objek jijik dalam produk makanan yang dijual di pasar raya-pasar raya tempatan.

Meremang Bulu Roma Temui Bangkai Tikus Dalam Sos Cili

Siri objek yang menjijikan dalam bahan makanan banyak terjadi sejak kebelangan ini. Tahun lepas masyarakat dikejutkan dengan penemuan cicak di dalam sos cili berjenama terkenal dan beberapa produk lain.

Dua ekor cicak dalam sos Cili Kimball

Terkejut Temui Bangkai Cicak Dalam Sos Cili

Terkejut Temui Bangkai Cicak Dalam Sos Cili

Bangkai Tikus Dalam Sos Cili

Bangkai Cicak Dalam Sos Cili

Bangkai cicak dalam bungkusan agar-agar

Bangkai Cicak Dalam Agar-Agar

Kali ini kisah bangkai tikus ditemui di dalam bekas sos cili yang dibeli oleh seorang wanita di Sungai Petani, Kedah untuk digunakan memasak bihun kepada penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Merbau, Tikam Batu.

Menurut Salbiah Saad, dia tidak sangka bekas sos cili seberat empat kilogram yang turut mempunyai logo Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dibelinya itu mengandungi bangkai haiwan tersebut.

“Saya selalu juga beli sos cili jenama ini sebab ada cop Jakim, jadi tak was-was nak guna. Tak sangka pula ada tikus mati di dalamnya,” jelasnya kepada akhbar Sinar Harian.

Salbaiah dan beberapa ahli masjid yang lain, sewaktu sibuk menyediakan persiapan untuk goreng bihun tidak menyangka akan mengalami situasi itu sendiri.

Kebiasaannya hanya mengetahui cerita-cerita seumpama itu melalui media sosial.

Terkejut Temui Bangkai Tikus Dalam Sos Cili

“Lepas dah masuk bahan nak masak bihun, saya baru buka botol sos berkenaan dan nak tuang ke dalam kuali. Tapi sosnya tak keluar-keluar. Lepas itu saya picit-picit botol itu, keluar seketul objek hitam yang menyerupai bangkai haiwan.

“Kami terkejut, tengok-tengok, tikus yang mati dalam bekas sos tu. Memang terus meremang bulu roma dan rasa jijik tak terkata,” katanya.

Ekoran daripada kejadian ituMohd Saiful Asri bekas pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan bakal tindakan akan diambil ke atas syarikat pengeluar produk berkenaan.

Sementara itu, Imam Surau Al-Kauthar Taman Merbau, Mohd Noor Abdul Hamid meminta agar pihak JAKIM untuk menyiasat logo halal digunakan pengeluar syarikat sos berkenaan sama ada sah atau tidak.

“Sejak kebelakangan ini, banyak kes pemalsuan logo halal pada produk makanan yang mengelirukan pengguna, terutamanya Islam yang lebih yakin terhadap produk dengan logo halal ini.

“Selain Jakim, Jabatan Kesihatan Negeri juga diminta untuk menyiasat tahap kebersihan produk dihasilkan syarikat berkenaan kerana ia membabitkan nyawa manusia dan juga semua agensi lain,” jelas Imam tersebut kepada akhbar itu.

Isu-isu berkaitan halal dan haram sangat sensitif bagi rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Kami percaya kes-kes sebegini bukan sahaja sensitif dalam kalangan yang beragama Islam tetapi turut melibatkan bangsa lain juga. 

Catat Ulasan Blogger

 
Top