0
A+ A-
Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha kini mengorak langkah menceburi bidang perniagaan tudung dan busana menerusi jenamanya sendiri, Mia Sara (MS) Couture.

Berkongsi pengalaman saat mula-mula mahu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, Mia berkata dia bersama ayah dan rakan kongsi Mohad Azman Bermula dengan hanya menjual tudung secara kecil-kecilan di bawah khemah di Kampung Batu.

Adat berniaga, ada untung dan ruginya. Dedah Mia, pernah satu ketika tidak ada seorang pun pelanggan yang datang dan membeli tudungnya.

Walaupun pernah berasa putus asa, Mia nekad meneruskan perniagaan secara serius sekembalinya daripada mengerjakan umrah dan bermula daripada penghijrahannya ke arah kehidupan muslimah pada Disember tahun lalu lapor Malaysian Digest.

Mia Sara Menangis Terkenang Tiada Seorang Pun Sudi Beli Tudungnya
Mia Sara Menangis Jualan Tudung Tak Laku

“MS Couture ni pada mulanya sangat kecil. Masa tu kami jual tudung bawah khemah jer, di Kampung Batu. Pernah ada ketika, tiada seorang pelanggan pun yang datang membeli tudung Mia.

“Sampaikan pernah Mia rasa macam putus asa dan cadangkan pada papa agar buat saja jualan secara online tapi kalau tak laku juga, tak payahlah jual langsung lepas ni,” tuturnya sambil mengalirkan air mata

Mia ditemui majlis pelancaran jenamanya itu bertempat di hotel Royal, Kuala Lumpur pada Selasa.

“Tapi hari ini Mia bersyukur dan tak sangka MS Couture ni semakin besar dan Mia sekarang sudah ada jenama tudung sendiri. Segala penat lelah dan usaha keras saya, papa dan rakan kongsi kami abang Azman berbaloi

“Tambahan selepas Mia diundang oleh TV Al-Hijrah dan berpeluang mempromosikan koleksi tudung saya, jualan tudung saya semakin mendapat sambutan,” sambungnya menahan esak.


Terdapat tiga jenis tudung dengan kualiti terbaik yang di datangkan khas untuk ibu dan anak. Koleksi tersebut seperti Mahabbah, Muna Sumiyah iaitu tudung satu muka untuk kanak, Shuhrah iaitu tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (tidak berbatu). Tidak hanya koleksi tudung, MS Couture juga tampil dengan rekaan eksklusif tiga jenis jubah iaitu Mariss, ofia dan Madeena.

Meskipun menyedari lambakan pelbagai jenama dan rekaan tudung di pasaran hari ini, Mia bagaimanapun mengganggap ianya sebagai satu cabaran dalam memasarkan koleksinya yang mana mempunyai keistimewaan dan tarikan tersendiri selain menawarkan fabrik yang berkualiti tinggi.

“Mia rasa koleksi tudung saya selain untuk orang dewasa, fokusnya juga lebih kepada kanak-kanak yang mana sekarang ini pasaran tudung untuk kanak-kanak agak kurang.

“Misalnya, koleksi untuk kanak-kanak disertakan sekali dengan butang sekaligus memudahkan untuk pemakai memakainya tanpa perlu mengenakan pin. Lagipun ada kalangan ibu yang mengadu bimbang jika anak-anak mereka pakai pin kerana merasakan agak bahaya dan mudah tercucuk,” jelasnya.

Tudung Tak Laku,  Mia Sara Menangis Berseorangan
kredit foto instagram @miasaracouture.my

Dalam pada itu Mia berharap tidak berlaku peniruan terhadap koleksi tudungnya.

“Mia harap tidak ada lah mana-mana pihak yang meniru koleksi MS Couture. Daripada mereka meniru dan menjual yang tiruan, mereka akan buat Mia sakit hati. Lebih elok kalau mereka jadi stokis jenama Mia sebab sekurang-kurangnya boleh dapat keuntungan,” katanya yang kini mempunyai sebanyak 13 wakil stokis di seluruh negara termasuk juga di Singapura.

Sementara itu, mengenai perkembangan karie lakonan pula, Mia berkata dia bersyukur kerana tawaran lakonan kini kembali bertambah. Mia kini sibuk engan penggambaran drama Karipap Strawberi Hong Kong.

“Jika sebelum ini Mia ada menyatakan tawaran berlakon berkurang sejak berhijab, tetapi Alhamdulillah sejak kebelakangan ini tawaran kembali banyak.

“Mia juga gembira kerana pihak produksi drama Karipap Strawberi masih mengekalkan Mia untuk musim yang akan datang yang dan kini sedang menjalani penggambaran. Malahan pihak produksi sangat memahami dan tidak meminta Mia membuka tudung untuk meneruskan lakonan menerusi musim baru,”ujarnya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top