0
A+ A-
Hantu seorang pengantin perempuan yang meninggal dunia 27 tahun lalu dalam satu kemalangan jalan raya didakwa berjaya dirakamkan oleh seorang wanita, Karima Dmitrieva ketika dia memandu di jalan berkenaan yang terletak antara Lyubertsy and Lytkarino di Rusia.

Setakat ini 10 kemalangan telah dilaporkan berlaku di jalan berkenaan hanya dalam masa setahun dengan kebanyakan pemandu terbabit berdepan dengan kabus yang datang secara tiba-tiba selepas kereta mereka hilang kawalan.

Menurut cerita penduduk di situ, pengantin perempuan itu bersama pasangannya dalam perjalanan menuju ke sebuah taman bagi meraikan perkahwinan mereka apabila kereta yang naiki telah dirempuh oleh sebuah lori di kawasan terbabit lapor Mynewshub.

Penampakan Hantu Pengantin Perempuan di Kawasan Kemalangan

Pengantin perempuan tersebut meninggal dunia manakala suaminya terselamat.

Meskipun sudah 27 berlalu kemalangan itu berlaku tetapi ada pengguna jalan raya berkenaan pernah melibat kelibat bayang-bayang perempuan di situ dengan memakai pakaian putih.

Dalam pada itu, penyiasat paranormal, Ilya Sagliani, dari ‘Laboratory of the Unknown’, berkata terdapat beberapa orang yang pernah melihat hantu pengantin perempuan di situ.

“Dua tahun lalu kita dapat merakamkan gambar seorang wanita berdiri di tepi jalan. Video itu menjadi sensasi dan saya telah mengkaji jalan yang terkenal dengan cerita hantu berkenaan sejak lapan tahun lalu,’’ katanya.

Ilya kemudiannya telah menjemput psikik Rusia, Dmitry Volkhov ke jalan berkenaan dan Dmitry memberitahu bahawa ketika berdiri di jalan berkenaan, dia seolah-olah sedang berbaring di atas kubur yang dikelilingi oleh roh-roh.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top