0
A+ A-
MEREKA sudah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor untuk bertolak ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Namun tiba-tiba penyanyi Nubhan dan Firman dikejutkan dengan berita bahawa mereka telah ditipu oleh sebuah syarikat pelancongan tempatan.

Menurut Firman, dia bersama 55 yang lain termasuk ibu bapa dan adiknya dijadual berangkat ke Makkah dengan penerbangan jam 8.45 malam pada Jumaat lapor Harian Metro.

Nubhan dan Firman Diperdaya Pakej Umrah

“Tidak sangka apabila kami tiba di kaunter pendaftran nama kami tidak ada dalam senarai. Agak terkejut juga kerana semua perkara sudah selesai beberapa minggu lalu.

“Selepas medapat maklumat daripada pihak berkaitan, ternyata kami ditipu. Saya, Nubhan dan yang lain terus membuat laporan polis di balai polis KLIA,” kata Firman

Akibat kejadian itu, juara Akademi Fantasia 2014 ini memberitahu, dia mengalami kerugian hampir RM20,000.

Sementara itu, Nubhan mengakui dia tidak menyangka ditipu hingga menyebabkan dia kerugian lebih RM50,000 membabitkan 12 anggota keluarga yang lain.

“Saya memang marah, bengang dan terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak berkenaan. Tergamak mereka menipu kami yang nak pergi menunaikan umrah.

“Selepas ini saya berharap pihak berwajib boleh menjalankan siasatan lebih lanjut agar tidak ada lagi mangsa terkena,” katanya.

Difahamkan, suspek yang menipu dua selebriti ini sudah berjaya diberkas dan sedang disoal siasat.

Semoga Firman dan Nubhan sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top