0
A+ A-
DEK kerana populariti yang dikecapi Liyana Jasmay, suami kepada pelakon ini turut terkena tempiasnya apabila ramai yang mahu bergambar dengannya meskipun dia bukanlah selebriti terkenal.

Perkara itu didedahkan Liyana, 28, yang memberitahu, dia menerima banyak mesej di laman sosial daripada peminat apabila mereka mengambil gambar dengan suaminya yang kini bekerja di Sabah.

Orang Sabah Teruja Bergambar Dengan Suami Liyana Jasmay

“Kasihan juga melihat suami. Dia bekerja di Sabah dan orang di sana ramai yang mengenali dia sebagai suami saya, jadi mereka selalu juga minta untuk bergambar dengannya.

“Selalu saya dapat notification di laman sosial peminat yang bergambar dengannya dan tag saya, mereka kata tidak dapat bergambar dengan saya, suami pun jadilah,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Liyana mengakui peminat di negeri itu sedikit fanatik hingga membuatkan dia sendiri berasa agak takut untuk keluar bersendirian jika melawat suaminya di negeri itu.

“Jika ke Sabah saya hanya duduk rumah sahaja, takut untuk keluar bersendirian kerana pernah ada pengalaman buruk di sana.

“Saya diekori oleh orang tidak dikenali ketika sedang membeli-belah bersendirian, nasib baik tiada apa yang berlaku kerana segera balik ke rumah. Selepas kejadian itu saya tidak berani keluar bersendirian lagi,” katanya.

Liyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Fathudin Mazlan, 31, pada 2 Februari 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sofea Arissa, 2, dan Selena yang baharu berusia 3 bulan.

Dalam perkembangan lain, Liyana kini sibuk dengan perniagaan pakaian di bawah jenama Mermaid Store dan produksi Mermaid Studio, selain akan muncul dengan lagu baharu berjudul Oh Na Na tidak lama lagi.

(Baca: Bukti Orang Sabah Bengang Dengan Kenyataan Liyana Jasmay)

Catat Ulasan Blogger

 
Top