0
A+ A-
STESEN kereta api mungkin bukan tempat yang menarik untuk melakukan seks, tetapi bagi pasangan ini, tiada tempat yang lebih senonoh untuk melepaskan nafsu.

Mereka dirakam melakukan hubungan seks di atas bangku yang dikhaskan untuk menunggu komuter di stesen Metro Barcelona, awal pagi Ahad lalu.

Pasangan Gila Seks Beraksi di Stesen Komuter

Dalam rakaman tersebut, pasangan itu bertindak membuka seluar tanpa segan silu di hadapan orang ramai yang berjalan di hadapan mereka.

Seorang lelaki dipercayai warga tempatan turut dilihat berjalan di hadapan mereka sambil cuba untuk mengabaikan aksi lucah yang sedang berlaku.

Sekumpulan remaja turut dilihat menghentikan perjalanan mereka dan melihat aksi pasangan tersebut sehingga ke penghujungnya.

Tidak dapat dipastikan jika pasangan tersebut melakukan perkara memalukan itu dalam keadaan mabuk atau sengaja bertindak berani untuk menghidupkan susasan di stesen berkenaan.

Media Sepanyol melaporkan, pihak berkuasa sedang berusaha menjejaki pasangan itu untuk mendakwa dan mendenda mereka kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan awam.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top