0
A+ A-
Yuncheng (China) – Satu pasangan kembar lelaki seiras yang berkahwin dengan sepasang lagi kembar seiras mengambil keputusan menjalani pembedahan plastik kerana mereka gagal mengenal pasti pasangan masing-masing.

Pasangan kembar lelaki, Zhao Xin dan Zhao Xuan berkahwin dengan sepasang lagi kembar seiras, Yun Fei dan Yun Yang dalam satu majlis di bandar ini 15 Februari lalu.

Dua pasangan berkenaan yang berusia 22 tahun bercinta selepas bertemu dalam majlis mencari jodoh di bandar itu.

Pasangan Kembar Buat Pembedahan Plastik Kerana Terlalu Seiras
ZHAO Xin dan Yun Fei (kanan) serta pasangan Zhao Xuan dan Yun Yang.

Kedua-dua pasangan kembar itu memiliki wajah yang terlalu seiras sehingga menyebabkan ibu bapa, keluarga serta rakan sukar mengenal pasti mereka.

Bagaimanapun, masalah mula timbul apabila mereka sendiri sukar mengenal pasti pasangan masing-masing sehingga sering berlaku kekeliruan.

Kedua-dua pasangan kembar itu memiliki bentuk dan wajah yang terlalu seiras serta sukar untuk mengenal pasti mereka melalui suara.

Zhao Xin berkata, pernah berlaku dia keluar bersama isterinya, Yun Fei ke taman, tetapi selepas beberapa minit dia menyedari wanita itu adalah Yun Yang.

Kerana sering terkeliru dua pasangan itu mengambil keputusan untuk bertemu seorang pakar bedah plastik di Shanghai bagi meminta bantuan.

Doktor bersetuju untuk membuat sedikit perubahan pada wajah dua pasangan kembar itu supaya mereka boleh dibezakan. – Agensi
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top