0
A+ A-
Yang ini harus dibanggakan. Mana tidaknya, dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu ini menang pingat emas dan anugerah ciptaan terbaik keseluruhan pertandingan reka cipta di Pameran Reka Cipta Antarabangsa Gevena 2016 di Switzerland. Powerlah dik!

Bukan calang-calang orang tau boleh reka power bank dan kalahkan 1,000 orang peserta dari seluruh dunia. Pelajar Tingkatan 5 iaitu Ahmad Aysraf Aqil Ariffin dan Ahmad Luqmanul Hakim Ahmad Tarmizi telah mereka Power Bank yang diberi nama EXIECO PB.

Pelajar MRSM Cipta Power Bank Tanpa Bateri, Guna Air Garam

Idea nak reka power bank ini datang ketika rumah Aqil dilanda banjir. Daripada situ dia dapat idea dengan menjana kuasa melalui air garam. Beliau berkata selain boleh menghasilkan tenaga sehingga 6.5 volt, power bank itu juga mesra alam dan ringan.

Ahmad Asyraf Aqil berkata power bank itu dibangunkan dengan hanya menggunakan tiga komponen utama iaitu arang, aluminium dan air garam yang bertindak menghasilkan kuasa.

Pelajar MRSM Cipta Power Bank Kalahkan 1,000 Peserta Seluruh Dunia

Penggunaan power bank ini tidak memberi sebarang kesan negatif kepada pengguna kerana mesra alam dan pihak MRSM akan menghantar kepada pihak berkenaan untuk dipatenkan. Syabas Adik-adik MRSM!

Pelajar MRSM Cipta Power Bank Kalahkan 1,000 Peserta Seluruh Dunia
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top