0
A+ A-
KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penumpang syarikat itu hari ini.

Katanya, beliau memahami penumpangnya mengalami pelbagai kesulitan dialami mereka secara langsung atau tidak langsung sejak beberapa minggu lalu.

Pemilik Rayani Air Mohon Maaf, Rayu Terus Disokong
Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran

“Dengan rasa rendah diri saya CEO Rayani Air memohon jutaan maaf kepada semua penumpang-penumpang setia syarikat penerbangan kami yang telah mengalami kesulitan secara langsung atau tidak langsung selama beberapa minggu ini.

“Kami di Rayani Air amat berdukacita di atas kekurangan perkhidmatan kami dan akan cuba perbaiki sedikit masa lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook syarikat itu hari ini.

Rayani Air yang dikenali sebagai syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia dan baru dilancarkan pada Disember tahun lalu mengumumkan menggantung operasinya selama dua bulan berkuat kuasa semalam.

Ravi berkata, Rayani Air merupakan sebuah syarikat penerbangan baharu di negara ini maka banyak yang masih perlu diperbaiki dan dipelajari.

“Teruslah menyokong syarikat penerbangan kami. Semoga syarikat ini kekal relevan untuk semua lapisan masyarakat tidak mengira warna kulit dan terus terbang tinggi.

“Kami di Rayani Air mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua rakyat yang pernah terbang bersama kami. Terima kasih juga buat semua kakitangan Rayani Air yang sentiasa bersama-sama di masa jatuh bangun syarikat ini. Rayani Air akan kembali. Tunggu!!!!,” katanya.

Catat Ulasan Blogger

 
Top