0
A+ A-
Mungkin sesetengah orang merasakan perkara ini begitu remeh sehingga ramai yang tidak mengendahkannya. Sekarang mengaku, ramai diantara anda yang tidak mematikan telefon bimbit atau menukarkan peranti anda kepada ‘Airplane mode’ di dalam penerbangan bukan? Mungkin ia tidak sengajakan, atau mungkin kerana anda percaya peraturan itu adalah sesuatu yang tidak perlu.

Hampir satu pertiga daripada penumpang kapal terbang melaporkan bahawa mereka tidak mematikan peranti elektronik mudah alih mereka, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengguna Elektronik.

Persoalannya, mengapa begitu penting untuk mematikannya? Mampukah peranti elektronik menjatuhkan kapal terbang?

Berikut, kami berkongsi entri dari sebuah says.com dimana penulis menjelaskan betapa pentingnya fungsi ‘Airplane Mode’ atau lebih mudah lagi mematikan peranti elektronik.

Penjelasan Apa Sebenarnya Fungsi ‘Airplane Mode’

Ikuti penerangan sepenuhnya di bawah:

Dalam sejarah penerbangan dunia, peranti elektronik tidak pernah menjadi punca kemalangan kapal terbang. Seorang jurutera dan pakar dalam bidang penerbangan, Kenny Kirchoff berkata, “Tidak semestinya telefon boleh menjatuhkan kapal terbang. Itu tidak menjadi satu masalah.”

“Namun begitu, alat-alat ini mampu mengganggu sistem sesebuah pesawat dan menyebabkan lebih banyak kerja yang perlu dilakukan juruterbang semasa berada dalam fasa kritikal penerbangan. Apabila berlepas dan mendarat, juruterbang berada dalam fasa penerbangan yang memerlukan tahap konsentrasi tinggi.”

Apa Fungsi Sebenar ‘Airplane Mode’? Ini Penjelasannya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu gangguan sistem penerbangan yang berpunca daripada peranti elektronik pernah berlaku sebelum ini. Dari tahun 2003 hingga 2009, terdapat 75 kes gangguan peranti elektronik telah dilapor, termasuk 29 kes yang melibatkan telefon bimbit, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Jika diikutkan, hanya satu kes gangguan sahaja berlaku bagi setiap 283,300 penerbangan. Walaupun jarang berlaku, laporan mencadangkan bahawa gangguan itu boleh memberi kesan kepada hampir setiap sistem dalam pesawat, dari sistem komunikasi dan navigasi kepada sistem kawalan penerbangan (seperti autopilot) dan sistem amaran.

Penjelasan Apa Sebenarnya Fungsi ‘Airplane Mode’

Jadi, adakah gangguan ini benar-benar merbahaya?

Satu eksperimen telah berlangsung di Makmal Gangguan Elektromagnetik Boeing di Seattle. Dalam eksperimen ini, Kenny Kirchoff memasuki sebuah bilik yang dilindungi serta kebal daripada tenaga elektrik. Kenny menghidupkan sebuah komputer riba berhampiran sebatang antena dalam bilik tersebut.

Kemudian, keputusannya direkodkan dan dipapar pada satu monitor. Ia menunjukkan, pelepasan tenaga elektrik dari komputer riba berkenaan menjangkaui satu garisan yang menggambarkan frekuensi radio kapal terbang.

Di sini, anda dapat lihat sebahagian frekuensi dari komputer riba tadi mampu melepaskan tenaga melebihi had. Ini bermakna, peranti elektronik mudah alih mempunyai potensi untuk mengganggu sistem kapal terbang lebih dari apa yang dijangkakan.

Penjelasan Apa Sebenarnya Fungsi ‘Airplane Mode’

Semakin hari peranti elektronik semakin dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Tetapi tidak perlu khuatir kerana sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih. Pesawat generasi baru lebih mantap dan lebih baik dari segi perlindungan kepada gangguan elektromagnetik – gangguan yang melibatkan litar elektrik disebabkan sama ada oleh induksi elektromagnet atau sinaran yang dipancarkan oleh sumber luar.

Satu lagi hujah yang biasanya datang melibatkan penggunaan Wi-Fi dalam penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Untuk makluman, sistem Wi-Fi dalam kapal terbang telah diuji dan disahkan mengikut model dan sistem pesawat secara keseluruhan.

Teknologi mewujudkan masalah, dan teknologi jugalah yang menyelesaikan masalah. Untuk memastikan keselamatan maksimum, adalah lebih baik jika kita semua mematikan peranti elektronik ketika dalam penerbangan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top