0
A+ A-
“Pergi mampus lah JAWI“, itu antara kata-kata kesat dan tindakan biadap beberapa penonton serta peserta pertandingan ratu cantik pondan sedunia 2016 di sebuah hotel lima bintang, di Jalan Ampang, sebaik diserbu pihak berkuasa.

Menerusi satu klip video berdurasi tiga minit yang dimuat naik oleh seorang ‘wanita’ dipercayai penganjur majlis,  Siti Zabedah Kasim, dia memberitahu konon kejadian maki hamun tersebut berlaku akibat tidak berpuas hati.

Ia susulan tindakan tegas sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang terpaksa nekad menghentikan acara ‘gilang-gemilang’ berbaur maksiat itu lapor Mynewshub.

Pondan Mengamuk Maki Anggota JAWI

Dia yang juga merupakan seorang peguam dan aktivitis pondan mempertikaikan operasi syariah yang dilakukan oleh Jawi itu.

“Pegawai Jawi memberitahu saya menganjurkan pertandingan ratu cantik bercanggah dengan undang-undang — ia ‘haram’ di Malaysia, berdasarkan fatwa,” katanya kepada sebuah portal hari ini.

Namun Siti menegaskan acara tersebut bukanlah satu pertandingan ratu cantik tetapi hanya satu persembahan sambil mempersoalkan apakah tindakan itu merupakan sebahagian daripada bentuk dakwah ajaran Islam.

Menurutnya juga, kira-kira 10 anggota penguat kuasa jabatan agama itu, bersama kumpulan wartawan, tiba di hotel tersebut kira-kira jam 10 malam minggu.

Berikutan itu, majlis yang dihadiri kira-kira 200 mak nyah, kecoh bertempiaran lari meninggalkan lokasi.

MYNEWSHUB difahamkan, berdasarkan Seksyen 9 enakmen undang-undang syariah Wilayah Persekutuan menjelaskan sesiapa yang “menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah” boleh didenda tidak lebih RM3,000, penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya.

Seksyen 35 pula menjelaskan sesiapa yang “menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat” boleh didenda tidak lebih RM5,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya.

Pada Ahad malam, kira-kira 10 anggota penguatkuasa jabatan agama itu, bersama kumpulan wartawan menyerbu majlis dihadiri kira-kira 200 mak nyah, kerana melanggar fatwa berkenaan penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan ratu cantik.


ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top