1
A+ A-
PENGASAS D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzama tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja D’Herbs, sudah pasti ramai yang terngiang-ngiang taglinenya yang popular itu, “Terlajak Laris”.

Terbaharu, Aliff Syukri, 28; melalui laman sosial Facebook miliknya telah memuat naik satu posting untuk menjual rumahnya sendiri dengan harga kira-kira RM11 juta.

Punca Datuk Aliff Syukri Lelong Rumah Harga RM11 Juta

Banglo mewah seakan-akan istana yang terletak di Seksyen 10 Kota Damansara, Selangor itu hendak dijualnya kerana beliau dikatakan ingin berpindah ke rumah baharu.

Walaupun berat hati bagi jutawan ini melepaskan rumah itu, namun dia harus melepaskannya juga kerana takut tidak mampu menguruskan dua rumah dalam satu masa memandangkan dia akan berpindah ke rumah baru.

Agak sayang juga hendak dibiarkan rumah yang bagaikan istana ini terbiar kosong begitu sahaja tanpa berpenghuni.

Pelbagai komen diutarakan oleh pengguna media sosial pada gambar yang dimuat naik itu.

Walau apapun, sesiapa yang mampu untuk memiliki kediaman Abang Terlajak Laris ini bolehlah menghubungi nombor yang diberikan.

Inilah Sebab Mengapa Datuk Terlajak Laris Lelong Rumah Harga RM11 Juta

Catat Ulasan Blogger

  1. Moga ramai lagi Jutawan melayu akan muncul insyaallah.

    BalasPadam

 
Top