0
A+ A-
Gara-gara melaporkan secara langsung dalam media sosial mengenai tugasnya ketika menerbangkan pesawat, seorang juruterbang di China telah digantung tugas.

Tindakan itu diambil oleh syarikat Air China selepas juruterbang baru itu berbuat demikian. Perbuatannya itu boleh menjejaskan keselamatan penumpang kerana dia mungkin hilang fokus ketika pesawat mahu berlepas lapor Mynewshub.

Punca Juruterbang Handsome Digantung Tugas

Imej dan visual juruterbang kacak yang tidak dinamakan itu yang menunjukkan dia sedang bersedia untuk menerbangkan pesawat telah dimuatnaik dalam laman sosial China iaitu Weibo.

Ia menyebabkan beribu-ribu peminatnya berbelah bagi dengan ada yang memuji juruterbang kacak itu dan tidak kurang pula yang mengecamnya.

“Seorang juruterbang kelihatan ‘Cool’ jika dia bekerja keras, bukan ketika dia berpura-pura untuk menjadi ‘Cool’,’’ itu antara sindiran yang diterima daripada peminatnya.

Juruterbang tersebut mempunyai 6,000 pengikut baru dalam media sosialnya sebaik sahaja imej tersebut menjadi viral.

Penggantungannya itu telah disahkan oleh Air China dalam satu kenyataan.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top