0
A+ A-
KUALA LUMPUR – Pakar propaganda pembangkang, Rafizi Ramli ‘bengang’ apabila tindakannya meletakkan tangan ke belakang seolah-olah digari pihak polis ketika hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya baru-baru ini menjadi isu besar dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Pandan memberi amaran akan menyaman Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya tidak lagi mengungkit perkara itu atau berhadapan dengan tindakan saman lapor Mynewshub.

Rafizi Ancam Saman KPN Kerana Kantoikan Lakonan Digari

“Saya berharap Khalid tidak mengulangi apa-apa kenyataan yang memberi gambaran saya berbohong atau berlakon mengenai peristiwa gari. Jika beliau mengulanginya, saya akan rujuk perkara itu kepada peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Baru-baru ini Rafizi dikecam netizen apabila bertindak seolah-olah berlakon untuk menagih simpati dengan meletakkan kedua-dua belah tangan di belakang bagaikan digari, ketika diiringi polis untuk mendapat perintah tahanan reman, 6 April lalu.

Di Mahkamah Sesyen pada hari terbabit, beliau didakwa atas dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 berhubung dakwaan mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ahli Parlimen Pandan itu juga didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membuat tohmahan pada 18 Februari lalu di Tingkat 18 bangunan Tabung Haji, yang boleh merosakkan imej Tabung Haji jika dakwaannya itu dipercayai.

(Baca: Pendedahan Kenapa Rafizi Letak Tangan di Belakang Kononnya Digari)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top