0
A+ A-
Kegemukan bukan baru bagi diri saya. Sejak berumur 2 dua tahun, kegemukan telah dekat dengan diri. Dari kegemukan diri, saya telah bangit dan bangkit biarpun berkali-kali saya gagal menurunkan berat badan. 

Saya cuba dan terus mencuba. Hari ini saya ingin membuktikan, di mana ada kemahuan dan usaha, tiada apa yang mustahil. 

Dari berat 171 kilogram saya bermula, akhirnya hari ini berat saya sudah mencecah 85 kilogram. Saya telah buat 86 kilogram seorang lagi manusia seberat anda semua. 

Rahsia Lelaki Turunkan Berat Badan Dari 171Kg ke 85Kg

Saya hanya mengamalkan diet low calories di samping membuat senaman berbasikal MTB, berjoging, hicking dan latihan di gym. Tiada mengamalkan sebarang produk pelangsingan. Formulanya, hanya semangat dan nekad untuk berubah. 

Pada hari ini, saya tiada lagi masalah tidur berdengkur. Saya mampu berjoging, mampu mengayuh basikal berpuluh kilometer dan saya rasa lebih berkeyakinan tinggi. 

Saya hargai sokongan semuateam basikal MTB seluruh Malaysia yang mengayuh bersama demi misi ini. Terima kasih juga buat semua follower saya, dari saya live MHI TV3 dan semua yang mengenali saya yang tidak putus-putus memberikan semangat. 

Terima kasih kepada barisan doktor pakar pusat obesiti Malaysia, Hospital Putrajaya yang membantu saya mencapai impian sejak kecil. Saya akan berusaha untuk mencapai target sehingga berat saya mencecah 73 kilogram. 

Kritikan, penghinaan, pujian dan sokongan, saya ambil sebagai pembelajaran dan pembakar semangat untuk saya berjaya mencapai matlamat. Terima kasih semua. 

Jika ia mampu memberikan inspirasi buat semua, saya izinkan posting ini dikongsikan.

“Dulu Berat Saya 171Kg, Sekarang 85Kg”
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top