0
A+ A-
BEKAS penyampai terkenal stesen radio Sinar FM, Raja Azura, 43; kini mengorak langkah menceburi bidang keusahawanan pula.

Kak Engku atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin telah ‘bersara’ dari dunia penyampaian radio dan giat mengendalikan restoran francais Burgerbyte di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Pengacara program Kilauan Emas Otai ini, mengakui sudah lama berhajat bergelar usahawan namun terpaksa ditunda disebabkan kerjayanya sebagai penyampai lapor Mynewshub.

Raja Azura Kini Jual Burger

“Memang sudah lama hajat tersebut terpaksa ditunda disebabkan kerjaya saya sebagai penyampai.

“Menariknya di restoran itu nanti, selain menu sedia ada, akan ada juga menu masakan saya sendiri yang tidak ada di cawangan Burgerbyte di tempat lain,” ujar Kak Engku kepada sebuah portal.

Burgerbyte merupakan sebuah restoran tempatan yang telah berjaya membuka cawangan di beberapa tempat di seluruh Malaysia antaranya Senawang, Damansara Perdana, Sentul dan beberapa lagi.

Namun menurut Kak Engku, dia turut berasa pedih kerana tidak lagi mengendalikan segmen Sinar Pagi bersama-sama penyampai Salih Yaakob dan Krill setelah diganti penyampai baharu daripada kumpulan Sepahtu susulan ditamatkan kontraknya.

Kak Engku Kini Jadi Usahawan Burger

“Bukan senang untuk melupakan kerjaya di Sinar FM, begitu juga saya. Selama sepuluh tahun bersama, banyak pahit manis telah kami jalani.

“Sebelum ini, kerjaya di stesen radio tersebut merupakan segala-galanya. Saya beri apa yang saya ada untuk membangunkan stesen radio tersebut.

“Boleh saya katakan, saya hidup untuk menghiburkan pendengar yang setiap pagi setia mendengar celoteh kami bertiga. Apabila tidak lagi bersama, memang sukar untuk saya terima kenyataan. Semua akan kembali normal, mungkin untuk saya ia belum sembuh lagi,” katanya.

Kak Engku Kini Jual Burger

Kak Engku Jual Burger

Tambah wanita ini lagi, dia kini sedang fokuskan diri dalam bidang pengacaraan bagi program realiti Kilauan Emas Otai dan akan lebih kerap muncul di kaca televisyen.

Catat Ulasan Blogger

 
Top