0
A+ A-
TIDAK sampai lima bulan operasi, syarikat penerbangan tambang murah patuh syariah Malaysia,  Rayani Air telah menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta.

Menurut pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran, penggantungan ini dibuat bagi aktiviti penstrukturan semula syarikat.

Ravi Alagendrran Dedah Punca Rayani Air Digantung Operasi Serta-Merta

“Ingin dimaklumkan bahawa kita telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta pada 8 April 2016 sehingga dimaklumkan kemudian.

“Ia adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat. Kita akan beroperasi semula selepas melakukan penstrukturan semula,” katanya.

Jelas Ravi lagi, pegawai syarikatnya telah dimaklumkan perkara ini menerusi emel.

Pemilik Rayani Air Umum Operasi Digantung Serta-Merta

Dalam emel itu, Ravi meminta pegawainya supaya mengarahkan bahagian masing-masing menghentikan operasi dan ‘mengira semula aset syarikat’.

“Semua bayaran balik dan pertanyaan berkaitan dengan penumpang yang telah ditempah awal, perlu dipanjangkan kepada info@rayaniair.com atau hubungi pusat panggilan di +603-27214925 (beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang),” ujar Ravi.

Pemilik Rayani Air Umum Operasi Digantung Serta-Merta

Dalam pada itu, Ravi turut mengesahkan bahawa Rayani Air terpaksa membatalkan penerbangannya berikutan mogok yang dilancarkan juruterbangnya.

Akibat tindakan mogok juruterbang itu menyebabkan beberapa penerbangan Rayani Air dibatalkan.

Difahamkan, tiga penerbangan dari Kuala Lumpur yang dijadualkan terbang ke Langkawi (RN182), Kota Kinabalu (RN130) dan Kuching (RN154) pada Jumaat telah dibatalkan.

Insiden ini juga membuatkan penumpang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan itu menerusi laman sosial ekoran pembatalan dibuat beberapa jam sebelum penerbangan dijadualkan berlepas.

(Baca: “Please Fly Tomorrow Captain..” - Rayuan Ravi Alagendrran Kepada Pilot Rayani Air)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top