0
A+ A-
LONDON – Sebuah restoran yang membolehkan semua pelanggannya menjamu hidangan dalam keadaan tanpa pakaian, bakal dibuka kepada awam menjelang musim panas pada Jun akan datang di ibu kota England, Britain.

Restoran The Bunyadi ini ditujukan untuk mewujudkan pengalaman bersantap yang mesra semula jadi bagi setiap pelanggannya. Makanan yang dihidangkan malah segar dan pengunjung bebas daripada kehidupan moden kini lapor Mynewshub.

Restoran Bogel Pertama di London Bakal Dibuka

Ini termasuk penggunaan telefon pintar, lampu elektrik dan pakaian, menurut laman Mirror.co.uk. Bahkan makanan dimasak bukan menggunakan dapur moden dan dihidangkan atas pinggan tanah liat buatan tangan.

Walaupun demikian, pengunjung yang belum pernah tampil bogel tidak perlu bimbang jika enggan melucutkan pakaian di “naked diners” ini kerana ada juga tempat menyediakan lokasi bagi pelanggan yang masih berpakaian.

Restoran Bogel Pertama di London Terima 3,000 Tempahan Awal

Konsep restoran ini diilhamkan oleh arkitek sensasi Seb Lyall di lokasi yang belum didedahkan namun terletak di tengah kota London. Beliau pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu dengan projek bar bertema burung hantu.

Setakat ini, sudah ada hampir 10,000 individu yang menyatakan diri mereka tertarik dan meminta informasi lebih lanjut mengenai pembukaan restoran telanjang bulat itu selain berjaya menerima lebih 3,000 tempahan awal.

Restoran Bogel Pertama di London Terima 3,000 Tempahan Awal

“Kami yakin pengunjung wajar mendapat kesempatan untuk menikmati pengalaman tanpa kotoran, tanpa bahan kimia, tanpa warna-warna tiruan, tanpa elektrik, tanpa gas, tanpa telefon, dan juga tanpa busana,” kata Lollipop.

Pemilik restoran berkenaan mendakwa konsep unik yang dibawakan oleh Lyall itu bakal membawa pelanggan untuk menghargai zaman gua apabila manusia purba mampu hidup bebas gembira. 

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top